Saturday, May 29, 2010

Yeay! I'm the First Batch

Alhamdulillah, saya dah bertapak di KMS a.k.a Kolej Matrikulasi Selangor dekat 3 minggu dah.. Dah belajar pun.. Kolej ni terletak kat Banting. Dan merupakan kolej yang terbaru.. Ceh, tajuk macam gembira je dapat jadi 1st batch, padahal tak ada a gembira mana.. hahah.. Biasalah, nama pun kolej baru.. Banyak kemudahan tak ada lagi. Perpustakaannya tak ada buku, makmal komputernya tak ada komputer sangat, water cooler takda, gim takda barang, pensyarah pun tak ramai, tak cukup..

Masa hari orientasi, kakak2 fasi tu pesan supaya kitorang struggle lebih.. Huu..

Kat sini, tiap2 hujung minggu boleh balik, kecuali kalau tak dibenarkan balik.. Tapi, saya segan(loghat perak.. :D) la nak balik.. 2 jam perjalanan tu..

Alhamdulillah, dah mula nak menyesuaikan diri.. Ada gak tangkap gambar, tapi lain kalilah saya letak.. :D

KMS ni ada surau di tengah2 nye. Besar betul. Rasa macam nak panggil masjid pun ada. Surau As-Sufi ni, berdekatan dengan blok asrama2 kami. Jadi, senang nak ke surau setiap kali azan memanggil. Best! Tak pernah lagi pergi surau sekerap ni.. :) Lagi satu, surau ni ada WIFI..

Minggu pertama orientasi. Sedih gak.. tak sempat makan nasi.. Dalam 5 hari tu, 3 kali je saya makan nasi.. Memang tak sempat,kejar masa.. Then, lantik tulah, lantik nilah..

Kelas saya namanya, H2P4. Yang bermaksud, Hayat Dua, Praktikum 4.. Ape tu? Malas nak explain..

Subjek saya yang hayat ni, macam biasalah, biologi, kimia dan matematik. Ada tambahan subjek tuk semesta satu ni, bahasa inggeris, kokorikulum(ada jugak oo..still menyumbang 10% kemasukan ke ipta), dan sains informatik( mcm ict la..).

Hmm..kimia.. saya still tak dapat tangkap.. sama macam spm dulu.. rasa macam sejarah berulang kembali.. :( matematik alhamdulillah, dapat tangkap.. tapi bio, saya rasa mcm saya asyik main2 je.. yela, mentang2 subjek baca, saya asyik tangguh2.. ish3.. kena ubah ni!

So far, saya hidup dengan tenang kat sini.. Kawan2 pun best..! Pandai2 belaka.. Dapat roommate yang sekelas masa sekolah menengah pulak tu.. Hahah.. takdir Ilahi..

Oklah, insyaAllah, saya nak kemas barang.. Petang ni nak balik dah ke KMS.. O ye, kat sana, sarapan n makan malam saya makan roti je.. Jimat duit.. Tengahari je makan nasi.. Baru saya rasa yang duit tu amat berharga.. Dan harus dibelanjakan mengikut keperluan.. Huu.. balik2 timbang, hah, 3 kg turun.. kui2.. sedih pulak..

Eh, oklah.. harap2, semua kawan bekas sekolah, bekas kem mana2 ke, MH-i,, KRJ yang dapat matrik or form 6 or ipta, together, we'll strive for the excellent.. k? InsyaAllah..

Salam,

Muslihah Razali,
Program 1 Tahun,
Sains Hayat,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Banting.

1 comment:

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...