Monday, March 1, 2010

KLANG pulak... penat lagi~

Sebenarnya, lepas bengkel Ahad tu, memang tak ingat langsung yang abah n ummi akan terus ke Klang. Tapi, biarlah. Jalan2 sekejap. On the way tu, baru perasan ada tulisan 'KLang Bandar Diraja' kat tepi jalan.

Terus tanya abah, "Bah, Klang ni bandar diraja ke?" Abah gelak. "Yong, yong jangan buat malu abah. tak belajar geografi ke?" ceh.. eh,de kaitan ngan geo ke? haha.. ala abah, skali skala tanya soalan kurang cerdik, apa salahnye~ngeheh..

Pergi Klang ni, tak lain tak bukan nak hantar barang kat Shidah lah. Air, tak sah kalau tak bawak. Satu bekas tupperware dan 4 botol Revive berisi air kosong. Tupperware tu a.k.a bekas air, ada satu kat rumah, satu lagi kat shidah. Dua bekas yang sama. So, bila datang KISAS je, kitorang akan exchange bekas. hahah.. shidah bagi yang kosong, kitorang bagi yang penuh.. huahua.. tah pape..

tupperware nye..

Hahah.. Lain2, ubat shidah... ubah gastrik lah, ubat jerawatlah(hikhik), ubat deman selsemalah.. Macam2.. Orang dok asrama ni, yg rumah dekat2, memang selaku kirim barang eh? ke shidah je.. hahah..

sebelum datang Klang, shidah mintak izin nak bawak kawan dia keluar kejap, nak beli kasut sekolah, sebab kasut kawannya tu, dah berlubang kat depan.. sian..

So, kawannya, nama Alia, dari Johor. Dalam kereta, shidah kata Alia ni kaya, tapi kasut berlubang pulak.. heheh.. kasut alia ada satu je.. Alia parents dia doktor. mak no2 pun doktor. mak no3 je bukan.. mmm..

sampai kat bandar dia tu, shidah ngan alia gi carik kasut. kitorang gi makan. saya dah lapar sangat. order macam biasa, nasi goreng kampung dan air limau..

Uci tengah tido..

Tengah2 order tu, Musyirah gi lari tengah jalan nak kejar Shidah dan Alia. Abah dah terjerit, lari kejar Uci, tapi menonong je Uci lari... bahaya betul budak tu! Sampai bos restoran tu pun naik risau ngan Uci. Nampak Uci dah pegang tangan Shidah, abah patah balik. Ish, uci ni, suka buat macam tu. bahaya oo.... memang suspen betul masa tu..

makan2, shidah ngan Alia pun sampai ngan Uci. Sampai je, bos tu terus tanya pasal uci.. memang risau betul bos uh.. hahah..

lepas makan, balik. hantar shidah ngan kawan pukul 7.40 malam. shidah kata, masuk sekolah patutnya pukul 6 petang, hihih.. tapi, kitorg 6 suku baru nak keluar.. Guard tu bagi masuk, oklah..

Seronok tengok aspura kisas, warna warni.. yang aspuri nya, dua blok je eh? tak perasan.. Maghrib, solat dekat masjid yang ada kat situ. Masjid apa namanya eh? Mmm..

Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam. Fuhh..memang penat..

Sekian, wassalam. :D

Ingat nak amik Akramnye tajuk.. kuang3x..

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...