Monday, March 1, 2010

Bengkel 6 Jam pulak... penat~


Tak buat hari ahad lepas ujian komputer sebab bangun lambat. hahah..

pergi ahad minggu depannya. Rupa-rupanya die nak gambar sekeping.. Laa hai.. Orang tak tahu pun kena bawak.. tapi akak tu kata bagi nanti je. tak apa.

masuk dewan Teratai. Dengar ceramah sampai kol 1.00 ptg. 2.30, start yang kat luar. pukul 1.30, dia dah bagi cikgu. Saya dapat cikgu Azmi. Rupa dia macam Sarjan Misai gerak khas.. heheh..

pukul 2.30, lepas makan n solat zohor, pergi kat satu tempat ni. tengok enjin kereta.

kawasan latihan

mula-mula cikgu tu tanya macammana nak bukak bonet. sadisnya, tak ada seorang pun tahu kat mana nak bukak bonet. huhu.. lawak betul.. semua tau nak bukak boot je.. hihikk..

tanyalah macam2.. tapi, kat MHI dah belajar sikit2 pasal enjin ni. lepas enjin, cikgu tu tunjuk cara nak bukak dan pasang tayar.

tengah bukak sport rim

Nat tu kan kena bukak kan.. guna benda tu, alah, apa ntah namanya. mula-mula, ada sorg budak laki ni, bukak nat yg pertama sebab cikgu suruh dia try. mula2 die gune tangan, memang tak dapat bukaklah.. lepastu, baru guna kaki.

Untuk nat seterusnya, cikgu suruh yang perempuan pulak. Saya pun try lah.. Letak kaki atas tu, lompat2, sampai guna dua2 belah kaki, tak jugak turun. Huu.. Semua gelak.. Ish, mestilah saya tak guna sepenuh tenaga, ada banin kat situ, takkan nak lompat2 pulak..

Lepastu, cikgu suruh mana2 banat yang berat sikit try.. Dia kata, badan kena berat sikit.. ceh..

Dah habis semua tu, cikgu bawak kami tengok tapak ujian.

tapak ujian

Pukul 3.50 ptg, cikgu dah bagi balik. Padahal sepatutnya, habis kol 4.30. huaa.. abah mesti tak sampai lagi..

tapi, nasib baik cikgu Azmi suruh tunggu kejap. cikgu kata nak bagi saya naik kereta, lalui kawasan ujian. cikgu stopkan satu kereta kancil, yang ada pelajar dia, suruh saya masuk. saya pun terpinga-pinga, sebab banin dalam tu.. aish.. takpelah, nak belajar.. lagipun, banin tu nampak macam abang. badan pun sihat. hihih.. cikgu suruh saya duduk sit sebelah pemandu, sebab nak bagi tengok macam mana kereta dikendalikan..

mula2, parking. tengok tiang satu lah, pusing kanan habis, tengok tiang 6 lah.. pening sekejap saya. lepas parking, buat pusingan 3 penjuru. ada kertas manual dia dalam kereta tu.. hahah.. lepastu, naik bukit pulak. nak kena tayar atas garisan kuning pulak.. rupanya, best jugak bawak kete ni..

yang banin tu, tanya saya sepatah, sepatah saya jawab. saya tak pandang pun dia sepanjang dalam kereta, harap2 dia tak terasa. sorilah sedara, sekadar menjaga ikhtilat.

last2 tanya2,18 tahun rupenya. sebaya sudah.. lepastu, kol 4 lebih, cikgu Azmi pun masuk kereta tu. saya duduk belakang, cikgu duduk sebelah pemandu.

nampak tak misai cikgu? hihi..

ok. ulang2 buat ujian tu, sampai pukul 4.30.. lepas cap jari, kol abah, rupanya abah baru nak keluar.. huu.. takpelah.. tunggu je.

sebelum pukul 5, abah sampai. terus bawak saya ngan ummi pergi Klang... memang nak gi klang terus lepas amik saya.. sambung citer kat Klang nantilah.. post ni nak cerita pasal bengkel je..

ok, salam.

2 comments:

  1. salam.. nak tanye... cikgu azmi ni okay tak? dye pervert/ gatal/ pegang2 tak time mengajar? sebab cikgu saya berhenti, n dye suruh saya amek ngan cikgu azmi ni.. tapi haritu cikgu azmi ni fully booked smp 2weeks so saya pun amek lah ngan cikgu lain (cikgu N). cikgu N ni pervert!!!!!!!! gatal! pegang2 peha saya! n macam2 lagi! tlong! awak recommend tak cikgu azmi tu? saya nak tukar cikgu. awak tau tak cikgu yg oke? tak pervert tak gatal and kalau boleyh tak garang lah. cikgu azmi ni macam ne.. boleyh tak cerita cikit.
    -reen

    ReplyDelete
  2. wassalam.. alamak, sori lambat reply... sebenarnye, sy x blaja pun kete lg. tangguh smpai L je, lepastu sy pegi plkn.. xsmpai.. dah tu masuk matrik pulak.. ha, ape citer skrg? blaja ngan cg azmi ke?

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...