Friday, November 26, 2010

Opah Dah Tak Ade...

Sedikit luahan hati...

HAri RAbu,17 November 2010 time raya haji, ummi kol


Terasa sedih pulak baca post lama tajuk 'SMAKL dan OPAH' tu..

Ummi kata, opah makin sakit. " Yong baliklah tengok opah... ".

Masa solat asar petang tu, doa sekejap, minta Allah sembuhkan opah... Saya balik hari jumaat tengahari, naik LRT. Dalam perjalanan, memang hati ni teringat kat Allah. "Ya Allah, panjangkanlah umur opah. Sembuhkanlah opah... " Tu je yang terfikir. Macam saya balik ni semata-mata nak tengok opah...

Sampai rumah, dah maghrib. Tengok opah esoklah, insyaAllah..detik hati.

Takdir Allah menetapkan segalanya.
Allah menjemput opah tengah malam itu juga...

Tengah malam itu, ummi mengetuk pintu bilik, "Yong, Ijah... bacakan yaasin untuk opah..." pinta ummi.

Saya dan adik bingkas bangun, menuju ke sink, untuk membasuh muka. Kami menganggap itu hanyalah semata permintaan ummi. Namun andaian itu silap.

"Opah dah tak ada..." ucap ummi membelakangi kami.

Hati ini tersentak...

Opah...



Saturday, September 4, 2010

The Unforgettable Bad Day!

gambar hanya hiasan


Assalamualaikum...
Dengar ye saya nak cerita..

Pagi tu, cuaca baik2 aje. Barang2 nak bawa balik KMS dah ready dah.. 3 hari dok rumah sebab Jumaat ritu cuti Nuzul Quran. Ummi kata nak pi tengok Shidah sekali kat KISAS, so, bergeraklah awal dari rumah, dalam kol 12 tengahari gitu.. Tapi, on the way tu, singgahlah sat Giant, pi beli barang2 keperluan nak bawak balik kolej. Kurma, test pad,pemadam n macam2 lagi..
Ummi ngan saye je yang rushing2 beli barang, adik2 dok dalam kereta. Kalau bawak sekali gi shopping, buat lambat je..
Pastu,tengok2 dah pukul 1 petang. Alhamdulillah, barang dah selesai dibeli. Bergeraklah kami sekeluarga.. Ayyit n Uci kat belakang.. Ayyit asyik2 kacau Uci, geletek2 die.. Hahaha..lawak je..


Kesian Uci, asyik gelak,smpai xtahan dah..

tengok,rambut dah kusut dah...


Tengah riang2 bergembira dalam kereta, sampai lampu traffic merah, berhentilah kereta.. Ble hijau, nak start balik, haa sudah.. Tak start2.. Lama abah try start kereta,tapi tak leh dah.. masa tu, dah kat Klang, nak ke Banting.. Masa tu dah pukul 3.30 petang.. "Alamak,sempat ke sampai Banting sebelum kul 7 malam ni?"
Abah tetap cube start enjin,tapi tak boleh2 jugak. "Ah sudah.." kata Abah. Bila dengar abah kata camtu, sahlah kereta rosak.. Abah suroh keluar. Abah suroh yong bawak adik2 berteduh kat tepi jalan, kena lintaslah. Ummi n ijah stay kat luar kereta, suruh kereta2 kat belakang terus je belah depan, sbb tadi masa dalam kereta, diorang hon2 kitorang yang dalam kematian enjin.. apela..
Then, berpanas lah ijah n ummi. Yong nak ganti, tapi dorang kata yong pakai baju hitam, nanti panas...So, nak dijadikan cerita, dekat 2 jam kitorang tunggu bantuan. Saya dah gabra dah tak dapat balik KMS ontime. Then, alhamdulillah bantuan sampai. Tapi, kitorang kena tarik la.. heheh.. malu je duduk dalam kereta. mesti dorang pandang2..


Then sampaila kat bengkel. Rupa2nya, abah kol kawan abah. Adik kawan abah ada bengkel kereta dekat2 situ. So, malam tu, kami pun stay lah kat situ. Bukak puasa kat situ, solat kat situ, tengok tv bersantai ber'relax2' pun kat situ dengan selambanya..
memandang nama bengkel


so, alhamdulillah, lbeh kurang kol 11 malam siap jugak kereta dibetulkan. So, hantar saya subuh esoknya lah..


suasana di subuh hari

nasib baik kelas start pukul 9 pagi. eheh.. sampai KMS kol 8.10 pagi.. penat sikit la..

tapi, ALHAMDULILLAH.. pasti ada hikmah tersembunyi~

Thursday, August 26, 2010

Kembali!

Eheh, kembali apa?

Ya! Kembali membersihkan blog yang kini bersawang labi2!

Aish, nak kena tulis jugak at least something.. Hmm,tapi tak tau nak tulis apa..

Ahah! Result UPS dah dapat, dan agak mendukacitakan.. Tak dapat 3.5 pun.. Tapi,saya redho sebab dah usaha cuma usaha saya belum takat maksimum...

Hmm..nak cakap apa lagi? Tu jelah kot.. Ala, sekali sekala membuang sawang2, ape salahnye.. Nanti dah bersawang, bersihkanlah balik..busy la kat sini..

Ok,dah balik dah ni.. sempena Nuzul Quran esok.. Tumpang Zalina.. Yeay, dapat puasa dengan family!

Assalamualaikum..

Wednesday, June 23, 2010

Kolej kitorang baru nak rasmi...

Hari ni, majlis perasmian kolej.. Kolej Matrikulasi Selangor.. Mesti kuar paper kot.. Hahah.. Yelah, matrik bongsu yang pada mulanya tak cukup kemudahan.. Tapi, alhamdulillah, makin baik. Water heater n cooler dah ada, library ade dah buku sikit2, pensyarah pun dah ramai sikit..
Eh, berbalik pada tajuk post.

Eii, kena pakai tudung cream yang dia bagi tu.. tak suka.. dahlah jarang, kecik pulak tu.. Dah serik pakai masa orentasi.. Masa orientasi dulu, pakai tudung hitam kat dalam, nak cover takut nampak leher.. Tapi, tuk majlis ni, selamat Zulaikha ada tudung cream lebih. Alhamdulillah..

Tiga kali kitorang rehersal. Tak belajar waktu petang semata-mata demi perasmian ni. Yelah, Timbalan Perdana Menteri nak datang rasmikan.. eheh..

So, dia bahagikan tempat. Yang duduk dalam dewan hanya ketua2. Yang selebihnya, duduk bawah khemah kat luar, yang dilengkapi TV lcd kot n kipas yang besar keluar wap2 air tu.. hahah.. So, saya duduklah dalam dewan..

Tengok2 bila dah start, TPM tak dpat datang, so wakil aje.. Emm, tak apalah..Dia ada hal kot. Pasukan choir sedap gak.. Petang ni, tak de kelas walaupun majlis habis kol 10.30 pagi.. Dahlah, mendung, syoknye tidur.. Saya dah tertidur 1 jam dah.. ala, ruginye.. tu yang bangun terus basuh muka, then turun bawah, bukak blog.. Saja, nak hilangkan ngantuk..

So, taknak buang masa. Tinggal 2 minggu je nak exam.. ya Allah, bantulah hamba Mu ini dalam mencapai kecermerlangan dalam UPS dgn mendapat pointer 3.5 ke atas... Amin.

Ok, jumpa lagi. Salam.

Budah histeria? 2

Tengok2, budak bilik sebelah.. 2 orang, masuk bilik dengan selambanya.. Dorang tanya saya, "Awk tau tak apa yg jadi tadi?" La.. mestila saya tak tau, sbb saya dok dalam bilik je dari td.. Tapi, saya nak tau jugak.. Sebab sy tak pernah tgk lagi org histeria macam mana.. heheh.. So, dorang pun ceritalah..

Aisyah: Tadi, masa saya tengah nak basuh sudu, saya nampak budak perempuan tu jerit2 dari tingkat2, pastu lari turun bawah samapai tengah blok..

Asella: A'ah.. rambut dia tak ikat, mngerbang.. pastu,dia lari2, jerit2, kejar2 orang, baring2 kat tengah padang mini blok kita..

Ha,tu cerita yang saya dengar dari dorang..

Malam tu, puan Shaharina bagi mesej, minta tolong saya buat announcement, suruh sesiapa yang tinggal sorang2 dalam bilik, supaya tumpang tidur bilik kawan dan suruh dorang baca yaasin beramai-ramai.. Heheh, terasa saya tau yang tido sorang2 malam hari Jumaat tu.. heheh..

Saya pun buat announcement tu, and tumpanglah bilik asella.. Aisyah pun tumpang bilik asella.

So,tulah ceritanye.. Tapi, apa kisah disebalik nye? Nantikan bulan depan kalau saya free.

Bulan 7 ni Ujian Pertengahan Semesta. Doakan saya dapat pointer 3.5 ke atas. Mus akan berusaha, bertawakal dan redha, insyaAllah..

K, jumpa lagi.. Assalamu'alaikum.

p/s: cerita ni dah posted hari tu.. tapi, saya terdelete(huuu.), t'pksa tulis balik.. Maybe ade info yang tertinggal, tak mcm post yang hari tu..

Saturday, June 19, 2010

Budak histeria?

Hari ni hari Ahad, 20 JUN 2010. Minggu ni saya tak balik lagi. Banyak nota yang nak disiapkan. Yela, dalam kuliah, saya amik je gambar slide, malas nak salin, pensyarah laju ohh.. Dah tu, balik kelas, buat kerja lain, tangguh nota... Sekarang, dalam fon ni, dah bertimbun nota kimia and bio.. Haa.. Sapa yang susah sekarang?

So, sabtu ahad ni, bertungkus lumus jugak salin balik lecture's note dalam fon ni... Hmm.. Minggu lepas, blok buat rombakan. Semua yang di tingkat 3 dan 4 dah diturunkan tuk penuhkan tingkatkan bawah.. So bilik saya yang dulunya dua orang je, dah penuh dah sekarang, dapat roomate baru la kiranya, Rashidah dan Farhana..

Okay,nak dijadikan cerita, Fiqa, Fana and Shidah, balik rumah jumaat ritu.. So, malam jumaat tu, saya tido sorang2 je.. Dah penat study math tuk kuiz isnin depan, saya pun tertidur sorang2.. Ok je..

Pastu,pagi esok, budak bilik sebelah kagum dengar citer saya tido sorang2.. hehe.. beselah tu.. cewah.. hahah..dia tu penakut sikit,sebab tulah cakap macam tu.. Entahlah, ramai orang takut tido sorang2, sebab takut dengan 'benda2 ciptaan Allah yang halus tu'.. tapi, prinsip yang saya pegang sebelum ni, " Tak nampak, tak dengar, tok sah takut". Haa, tulah prinsip saya.. Hahah..kelakarlah..

Ok, saya nak cerita, petang Sabtu, dalam bilik, tetiba saya dgr orang jerit2.. Saya pun fikir dengan selambanya, "Ei budak pompuan zaman sekarang ni, tak leh kuat lagi ke nak jerit? Malula kat mak ayah yang datang jenguk anak2..." Then, saya jenguk2 la kat tingkap, tengok bawah(saya tingkat 1).. Ada 2 orang budak perempuan, macam tengah dalam ketakutan.. Lepastu, nampak pulak ibu2 kat cafe, pergi ke tingkat bawah blok kitorang, tanya kenape?

So, saya fikir ada sesuatu dah terjadi... Then, tengah fikir2 apa yg tgh t'jadi, felo(warden asrama), Pn.Baiti, call saya (ceh. macam orang penting je kan sampai dikenali felo. haha, saya s/u asrama sebenarnya. lantik diri sendiri haha), tanya kalau2 saya ada nombor telefon ajk surau.. Saya ckp saya takde.. And then, tetiba je, bergema surah yaasin yang diulang2 berbelas kali saya rasa.. Sah lah, ada budak histeria..

Tetiba rasa sejuk pulak tangan. Dahlah masa tangan sejuk tu, tetiba pintuku diketuk dengan kuat. Macam nak tercabut pintu tu, serius..!

Bersambung..

Saturday, May 29, 2010

Yeay! I'm the First Batch

Alhamdulillah, saya dah bertapak di KMS a.k.a Kolej Matrikulasi Selangor dekat 3 minggu dah.. Dah belajar pun.. Kolej ni terletak kat Banting. Dan merupakan kolej yang terbaru.. Ceh, tajuk macam gembira je dapat jadi 1st batch, padahal tak ada a gembira mana.. hahah.. Biasalah, nama pun kolej baru.. Banyak kemudahan tak ada lagi. Perpustakaannya tak ada buku, makmal komputernya tak ada komputer sangat, water cooler takda, gim takda barang, pensyarah pun tak ramai, tak cukup..

Masa hari orientasi, kakak2 fasi tu pesan supaya kitorang struggle lebih.. Huu..

Kat sini, tiap2 hujung minggu boleh balik, kecuali kalau tak dibenarkan balik.. Tapi, saya segan(loghat perak.. :D) la nak balik.. 2 jam perjalanan tu..

Alhamdulillah, dah mula nak menyesuaikan diri.. Ada gak tangkap gambar, tapi lain kalilah saya letak.. :D

KMS ni ada surau di tengah2 nye. Besar betul. Rasa macam nak panggil masjid pun ada. Surau As-Sufi ni, berdekatan dengan blok asrama2 kami. Jadi, senang nak ke surau setiap kali azan memanggil. Best! Tak pernah lagi pergi surau sekerap ni.. :) Lagi satu, surau ni ada WIFI..

Minggu pertama orientasi. Sedih gak.. tak sempat makan nasi.. Dalam 5 hari tu, 3 kali je saya makan nasi.. Memang tak sempat,kejar masa.. Then, lantik tulah, lantik nilah..

Kelas saya namanya, H2P4. Yang bermaksud, Hayat Dua, Praktikum 4.. Ape tu? Malas nak explain..

Subjek saya yang hayat ni, macam biasalah, biologi, kimia dan matematik. Ada tambahan subjek tuk semesta satu ni, bahasa inggeris, kokorikulum(ada jugak oo..still menyumbang 10% kemasukan ke ipta), dan sains informatik( mcm ict la..).

Hmm..kimia.. saya still tak dapat tangkap.. sama macam spm dulu.. rasa macam sejarah berulang kembali.. :( matematik alhamdulillah, dapat tangkap.. tapi bio, saya rasa mcm saya asyik main2 je.. yela, mentang2 subjek baca, saya asyik tangguh2.. ish3.. kena ubah ni!

So far, saya hidup dengan tenang kat sini.. Kawan2 pun best..! Pandai2 belaka.. Dapat roommate yang sekelas masa sekolah menengah pulak tu.. Hahah.. takdir Ilahi..

Oklah, insyaAllah, saya nak kemas barang.. Petang ni nak balik dah ke KMS.. O ye, kat sana, sarapan n makan malam saya makan roti je.. Jimat duit.. Tengahari je makan nasi.. Baru saya rasa yang duit tu amat berharga.. Dan harus dibelanjakan mengikut keperluan.. Huu.. balik2 timbang, hah, 3 kg turun.. kui2.. sedih pulak..

Eh, oklah.. harap2, semua kawan bekas sekolah, bekas kem mana2 ke, MH-i,, KRJ yang dapat matrik or form 6 or ipta, together, we'll strive for the excellent.. k? InsyaAllah..

Salam,

Muslihah Razali,
Program 1 Tahun,
Sains Hayat,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Banting.

Thursday, May 6, 2010

Tambahan

Maaf tak dapat pergi reunion walaupun saya dah balik 5.5.10 semalam.. Abah n Ummi pergi Kedah hari ni, abah kerja, balik ahad pagi.. Jumaat, ayyit, iyah n ijah nak gi sekolah.. so,takkan Ijah nak uruskan budak2 tu, diri sendiri pun tak terurus.. So, saya kena uruskan adik2.. Terutama makanan diorang.. Ijah walaupun form4, die tak reti memasak.. Dia kata kalau tinggalkan dia ngan adik2, adik2 tak hidup.. hahah.. Ahad, nak beli barang2 masuk matrik..

Saya xdapat upu.. Tak tahu kenapa.. ramai orang yang result lagi bagus kot dia amik.. redho jelah.. tapi, harap2 rayuan dapat..

Belajar elok-elok Mus...

"Belajar elok2 Mus..."

tulah pesanan terakhir kawan2 kat PLKN.. semalam berpisah dengan diorang.. mungkin buat kali yang terakhir.. tapi, insyaAllah, kalau ada jodoh, harap2 boleh berjumpa lagi.. terserempak kat mana2..

hmmm.. memang saya rasa sedih semalam.. mula2, masa saya masuk plkn, saya ingat saya takkan nangis bila dah berpisah, tapi, akhirnya, jatuh juga air mata ni..

Sebab Janta la.. dia yang nangis dulu.. huu..

Baru saya sedar, walaupun baru sebulan lebih kami semua bersama, saya sangat2 sayangkan diorang..

Bukan senang nak dapat kawan dengan budak Melayu Sarawak, Iban, Kenyah, Melanau, Bidayuh dan Kayan... Jarang jumpa kat KL.. Kena gi sarawak dulu..

Bagi saya, saya sangat hargai diorang semua, sebab saya tak pernah lagi berkawan dengan etnik2 dan bangsa2 ni.. This was a very precious moment in my life!

Hmm..bila tinggalkan dorang,saya sedih sangat, tambah lagi sedih dengan yang muslim.. Tak dapat nak tegur diorang lagi.. Saya harap sangat dorang solat 5 waktu sehari semalam..

Tiba2 rasa menyesal sebab tak sempat jumpa kawan2 sekelas.. Memang terlupa betul.. Sempat jumpa ngan wirawati yang ade kat tempat minum je.. Huu..

So, sekarang ni, tergesa-gesa nak settlekan hal Matrikulasi.. Saya buat penangguhan PLKN, so nanti lepas habis belajar, saya kena ulang balik PLKN, tapi kat tempat lain..

Aiseh, muka dah berbelang.. nanti xsempat nk kmbali kpd asal, dah tambah gelap lagi.. huu.. takpelah.. kita tunggu dan lihat..

Kita hanya mmapu merancang, Allah yang tentukan..

Tuesday, April 27, 2010

Cuti Semesta

PLKN pun ada cuti.. Cuti semesta namanya.. mula2 dia bagitau cuti mula 26-30 April.. So, minta tolong abah tempah tiket flight.. Tapi, beberapa hari lepas tu, Komandan Kem kata tarikh dah ditukar pulak.. 27-2 Mei..

So, saya yang dah terbeli tiket awal ni, terpaksalah balik awal, dan kembali awal.. Jadi, tengah kat rumah lah ni...

Nak cerita pasal pengalaman kat sini, tapi, maybe lepas habis latihan lah.. Tengoklah dulu..

Saya dapat Kem Junaco Park, Sibu, Sarawak.. Kem yang terbesar, tercantik dan terbersih kat Malaysia.. Cewah.. Yela kot, cikgu cakap macam tu.. Komandan pun cakap macam tu.. Besar tu memang besar.. Memang sakit kakilah hari2 kat situ.. Tapi,saya okey je... Tambah stamina..

Kat sana memang panas.. Kalau panas, memang panas betul.. Kalau hujan tu, memang hujan leeebat... Woo.. Panas sampai kitorang ramai yang kena ulser.. Batuk2.. Demam2.. Sebab cuaca tak menentu..

Pastikan Ku Miliki...

Berdoa dan terus berdoa..

"Ya Allah,berilah ketenangan kepadaku..."

Alhamdulillah,lepas je hari pemecahan kompeni, saya dapat dorm baru, dorm mate baru, dan kawan2 baru... Bila dapat kenal diorang, especially budak2 Iban, saya rasa tenang sangat... Best sangat... Eventhough diorang Kristian, tapi, saya lebih hargai diorang daripada budak2 Muslim...

Tapi,alhamdulillah,dalam dorm tu, saya kenal mereka2 yang nak solat sama... Baru rasa ada teman..

Rasa beruntung dapat kenal diorang...

Yan Xin, Astika, Maureen, Marie, Stephanie, Yana, Imok, Atikah, Chai Ling, Marini, Chew, Frida, Chua, Ernesta, Natalie, Janta, Cecelia, Maria, Sim Mun, Joanna, Nurul, Vivian, Alfiah...

Monday, April 26, 2010

Culture Shock Is Really Shocking!

The first thing I thought about National Service was that maybe I will don't have any troubles with the culture shock that I'll encountered. But, I was totally wrong.. Indeed, I thought I've prepared my heart the BEST to face the reality of teenagers these days, but... I've failed! My heart dropped to the deepest narrowest blackest hole ever!

I was really taken aback.. I was really sad. The saddest I ever felt in my life until now.. It felt like I don't want to live here, among 'them'.. I want to go back, back to the life I wanted.. I don't want to live in a life that is full of ignorance..AGAIN! This is ENOUGH!

For three straight days, I cried. I cried in my sleep, cried in my shower,cried in my prayer... I cannot stand it.. People looking at me as if I'm a weird creature! What's so weird to wear a long t-shirt, a long scarf..? Haven't you seen one before? Hmmphh..

Is it necessary to mock me, behind my back especially? If you have something disturbing you about me, just ask me! You don't have to keep it to yourself and talk behind my back with others.. That was one of the shameful thing to do!

Why I'm wearing scarf in dorm, why I'm wearing my scarf like that, why I like wearing loose shirt.. Just ask me! I can explain it, if you want to hear..

But, the most disappointing thing I ever felt is, how little the number of muslim girl do the prayer.. It's like..astagfirullah.. My first dorm mates before we got separated according to the Kompeni, really made me cried.. It's like, am I the one who do the prayer? I know I have to think nice, maybe they're having menstruation or something, but! Why all of them? Well, maybe.. Okay2.. I just have to husnuzon... Maybe all of them have it at the same time.. Okay2.. think nice..

Okay, that's the culture shock for me..And, it was really shocking.. (deep sigh...)

Friday, March 26, 2010

Debaran PLKN

Dalam surat tulis nak kena lapor diri pukul 2.oo petang.. sekarang pukul 9.43 pagi.. Haa, dbo nye rase.. Barang ade yang tak beli lagi.. Hahah..Dah tu surat lambat mai..

Beg dibenarkan bawak 1 beg besar, 1 beg galas je.. Alhamdulillah, beg besar dah siap.. Tinggal beg galas je.

Abah gi meeting PIBG kat SKKG sekarang ni.. Nanti abah balik tengahari nanti, terus pergi..

Abah suruh carik peta stadium bukit jalil kat google maps sebab abah tak ingat sangat jalan.. cari2, rupe2nye, 27 minit je dari Klang Gate ke Stadium national Bukit Jalil.. Best betul google maps uh.. Siap boleh bagitau masa perjalanan.. Hahah..

Emm.. Rasa macam banyak benda nak diuruskan kat umah ni. Risau ngan adik2 yang kecik.. Sape nak bising2 suroh dorg bangun pagi gi sekolah, suroh dorg solat, suruh dorg mengaji, wat homework,study.. Hahah.. Ijah? Tak taulah ijah tu.. 2x5 jek.. Emm.. InsyaAllah.. sume akan okey..

Hai.. bnyaknye mengeluh..

Okey je nak pegi ni, cume saya banyak mengeluh bila fikir pasal baju yang kena pakai nanti.. Emm.. why? why? why?! nape tudung nak kne masuk dalam baju jugak.. hish..

Em.. sekarang 9.50 pagi.. Tinggal brape jam lagi..

Beg tak isi penuh sgt, sebab takut nanti nak bawak balik barang sana tak muat.. Baju pun tak bawak banyak.

Rasanya nak pakai kasut sukan terus.. Yup, pakai teruslah.. Jimat space..

Hmm, rasanya, flight petang kot.. Ntah2, malam.. Tak taulah.. Haii...
Fon nak bawak ke tak? Hmm..

Hmm.. K lah, saya nak gi iron tudung n kemas pape yang patut.. Ok, see you in the next three month.. Harap2 selamat kat sana, insyaAllah.. Oh, 9.55 pagi dah..

3 jam lagi nak pukul 1 petang..

K, Assalamualaikum.

Tuesday, March 23, 2010

Hari yang berlalu...

Alhamdulillah, banyak perkara dah berlepas. Ada yang ok,ada yang tak ok. Tapi, benda yang lepas, biarlah ia berlalu.

Jom kita susuri hari-hari itu sebagai satu memori yang sudah berlalu. Eh, apa yang saya cakap ni? Emm.. Korang tak yah baca pun tak pe.. :)

1. Meeting 1st KRJ KL. Hari Khamis,xingat tarikh. Akhawat yang hadir cuma saya, Maizatul Hanisah, Assyahidah dan Siti Atikah. Yang ikhwah tak ingat. Ingat Yasser, Sulaim,Izzaldin, Muadz n Abang Bai aje. Kami bincang pasal program sepanjang tahun KRJ KL. Antaranya, Program Cuti Sekolah. Bincang-bincang, dapatlah Offline With Hedonism. Bincang objektif, tentatif n lain2. So, saya ditugaskan tuk buat banner. Abang Bai nak nextweek.

2. Esoknye,saya sibuk sangat. Sabtu nya,pergi sukan ayyit la, buat spek la.. Ahadnye,keluar rumah lagi,tapi tak ingat gi mana ngan family. So,senang citer,saya lupa pasal banner. Tup2, esoknye, Yasser tanye banner dah siap belum. Aahh.. sudah..

Saya tak tau sangat buat banner,so mintak abah tolong malam tu. Abah pun bagitau apa yang kena buat dan macammana. So, then,I got the idea. Thanks abah. Dah siap draft,hantar kat abg bai kot email. Rupe-rupenye, banyak pembaharuan kena buat.Kena edit la.. Saya pun editla.. tak pe, pengalaman nak belajar. Lepastu, hari Rabu tu, saya demam. Sampai tengahari.

Petang tu, abang bai minta tolong buatkan brochure. Oklah, saya kata. Saya pun nak try gak buat brochure. Lagipun, draft brochure saya dah buat siap2, sebab abah kata, org yang buat banner, better buat brochure sekali. Cuma tinggal nak isi maklumat aje. Tgk2 abg bai minta buat brochure pulak. So,skali jalanlah. Demam pun macam dah kebah. Saya nak try buat brochure malam tu. Tapi, malam tu,lebih kurang pukul 7 malam, saya diserang sakit perut yang teramat. Sakit yang sampai tendang2 katil tu. Hahah.. Tak taulah gastrik ke ape.. Pukul 10.00, baru rasa lega sikit lepas tidur. Bangunlah ngadap komputer,try buat brochure. Buat simple2 je, sebab saya nak try je. Dah tu,send la..

3. Esoknya,sakit perut saya datang lagi.Kena diarrhea pulak rupenye. Tengahari baru bukak komputer. tengok komen.

4. Jumaat ada meeting MHI. Malangnye, diarrhea tak hilang2... saya tak dapat menghadirkan diri. Diarrhea ni berlangsung selama seminggu. Seminggu tu jugak saya hilang 2 kg. Memang sakit betul. Nak muntah2.. Takkan keracunan makanan kat KlANG aritu? Hehe.. tak pegi klinik pun,sebab abah ingat biasa2 je.. tak pelah.. macam2 ubat saya makan kat rumah tu.

5. Selasa ada meeting KRJ pasal OWH!. Pegilah.Bincang pasal fasi, cenderamata, bahan2, n macam2 lagi. Best pulak.

6. Khamis amik result, emm.. bersyukurlah. alhamdulillah.. dapat 6a je. ummi n abah kata, xapalah.. tu yang yong mampu buat.. mak sharinah ada kat hujung dewan. dia excited giler yong dapat 6a Sharinah dapat 9a. die citer kat ayah adilah yg yong tak tuisyen pun boleh dapat 6a.. hmmm.. ummi pun cakap,kalau ummi hantar yong tuisyen,mgkin yong leh dapat straight a.. hmm,yeke ummi? ntahlah,yong bersyukur je walaupun sedih sebab tak dapat yang terbaik.. tak study betul2 tuk subjek sains.. pasal tuisyen, ada kena mengena ke? ntahlah,xpenah merasa gi tuisyen,kecuali matematik masa pmr dulu. Ingat lagi kata abah, tak payahlah pergi-pergi tuisyen. Abah kata, kalau boleh,yong tulis buku, 'Straight A without Tuition'.. hahah.. nampaknya xde peluanglah abah.. Biaq pi la, yang dah lepas, lepas aje.. ntahlah,macam alasan je tak dapat straight a sebab tak gi tuisyen. ;) kann..? buat yang pegi tuisyen, buat yang terbaik dan jangan ponteng. belajar betul2.sure dapat straight a,dengan izin tuhan :)

7. puas mencari course yang ok. abah kata buat tesl je.. tapi,saya takut..bukannye terer english pun.. so,cadangan abah yang lain, buat bahasa. bahasa inggeris.. la.. BI lagi.. hahah.. tapi, saya berminat jugak. InsyaAllah.. Goodbye my medicine line..

8. sibuk tukar upu.

9. Meeting MH-i hari Rabu, 17.3.10.

10. O.W.H. Nanti ade mse,saya citerlah..

11. siapkan minit mesyuarat MH-i.

12. tertunggu-tunggu surat PLKN ni.. kol org tu pagi tadi, tgk2 surat sampai petang. Alhamdulillah.. oklah,dapat Sibu pun,Sibulah.. Jonaco Park, Sibu..ngeheh..

K,tu je kot.. Saya bercerita biasa2 je. See you the next 3 month..!

Tuesday, March 9, 2010

Program Cuti Sekolah! Jom~




Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

" OFFLINE WITH HEDONISM "

Objektif Utama :
Ingin berkongsi tentang implikasi & kesan Budaya Hedonism terhadap remaja di Malaysia.

Tarikh :
18 Mac 2010

Tempat :
Dewan Masjid As-Syakirin KLCC

Masa :
8.00 am ( Pendaftaran)
hingga
5.15 pm ( bersurai )

Sasaran :
Remaja 12 - 15 tahun


Pendekatan Program :
- Perkongsian,
- management Game
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Kumpulan
- Xplorace@KLCC

Yuran :
RM 15 sahaja

Jom...daftarkan nama anda segera kepada :

Yasser : 019 2225170
Muslihah : 017 2665159

ingat...Budaya Hedonism bukan Fitrah kita..........

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 15 MAC 2010

apa itu Hedonisme ?

sila Click : http://remaja-kl.blogspot/2010/03/apa-itu-hedonisme.html

Monday, March 1, 2010

KLANG pulak... penat lagi~

Sebenarnya, lepas bengkel Ahad tu, memang tak ingat langsung yang abah n ummi akan terus ke Klang. Tapi, biarlah. Jalan2 sekejap. On the way tu, baru perasan ada tulisan 'KLang Bandar Diraja' kat tepi jalan.

Terus tanya abah, "Bah, Klang ni bandar diraja ke?" Abah gelak. "Yong, yong jangan buat malu abah. tak belajar geografi ke?" ceh.. eh,de kaitan ngan geo ke? haha.. ala abah, skali skala tanya soalan kurang cerdik, apa salahnye~ngeheh..

Pergi Klang ni, tak lain tak bukan nak hantar barang kat Shidah lah. Air, tak sah kalau tak bawak. Satu bekas tupperware dan 4 botol Revive berisi air kosong. Tupperware tu a.k.a bekas air, ada satu kat rumah, satu lagi kat shidah. Dua bekas yang sama. So, bila datang KISAS je, kitorang akan exchange bekas. hahah.. shidah bagi yang kosong, kitorang bagi yang penuh.. huahua.. tah pape..

tupperware nye..

Hahah.. Lain2, ubat shidah... ubah gastrik lah, ubat jerawatlah(hikhik), ubat deman selsemalah.. Macam2.. Orang dok asrama ni, yg rumah dekat2, memang selaku kirim barang eh? ke shidah je.. hahah..

sebelum datang Klang, shidah mintak izin nak bawak kawan dia keluar kejap, nak beli kasut sekolah, sebab kasut kawannya tu, dah berlubang kat depan.. sian..

So, kawannya, nama Alia, dari Johor. Dalam kereta, shidah kata Alia ni kaya, tapi kasut berlubang pulak.. heheh.. kasut alia ada satu je.. Alia parents dia doktor. mak no2 pun doktor. mak no3 je bukan.. mmm..

sampai kat bandar dia tu, shidah ngan alia gi carik kasut. kitorang gi makan. saya dah lapar sangat. order macam biasa, nasi goreng kampung dan air limau..

Uci tengah tido..

Tengah2 order tu, Musyirah gi lari tengah jalan nak kejar Shidah dan Alia. Abah dah terjerit, lari kejar Uci, tapi menonong je Uci lari... bahaya betul budak tu! Sampai bos restoran tu pun naik risau ngan Uci. Nampak Uci dah pegang tangan Shidah, abah patah balik. Ish, uci ni, suka buat macam tu. bahaya oo.... memang suspen betul masa tu..

makan2, shidah ngan Alia pun sampai ngan Uci. Sampai je, bos tu terus tanya pasal uci.. memang risau betul bos uh.. hahah..

lepas makan, balik. hantar shidah ngan kawan pukul 7.40 malam. shidah kata, masuk sekolah patutnya pukul 6 petang, hihih.. tapi, kitorg 6 suku baru nak keluar.. Guard tu bagi masuk, oklah..

Seronok tengok aspura kisas, warna warni.. yang aspuri nya, dua blok je eh? tak perasan.. Maghrib, solat dekat masjid yang ada kat situ. Masjid apa namanya eh? Mmm..

Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam. Fuhh..memang penat..

Sekian, wassalam. :D

Ingat nak amik Akramnye tajuk.. kuang3x..

Bengkel 6 Jam pulak... penat~


Tak buat hari ahad lepas ujian komputer sebab bangun lambat. hahah..

pergi ahad minggu depannya. Rupa-rupanya die nak gambar sekeping.. Laa hai.. Orang tak tahu pun kena bawak.. tapi akak tu kata bagi nanti je. tak apa.

masuk dewan Teratai. Dengar ceramah sampai kol 1.00 ptg. 2.30, start yang kat luar. pukul 1.30, dia dah bagi cikgu. Saya dapat cikgu Azmi. Rupa dia macam Sarjan Misai gerak khas.. heheh..

pukul 2.30, lepas makan n solat zohor, pergi kat satu tempat ni. tengok enjin kereta.

kawasan latihan

mula-mula cikgu tu tanya macammana nak bukak bonet. sadisnya, tak ada seorang pun tahu kat mana nak bukak bonet. huhu.. lawak betul.. semua tau nak bukak boot je.. hihikk..

tanyalah macam2.. tapi, kat MHI dah belajar sikit2 pasal enjin ni. lepas enjin, cikgu tu tunjuk cara nak bukak dan pasang tayar.

tengah bukak sport rim

Nat tu kan kena bukak kan.. guna benda tu, alah, apa ntah namanya. mula-mula, ada sorg budak laki ni, bukak nat yg pertama sebab cikgu suruh dia try. mula2 die gune tangan, memang tak dapat bukaklah.. lepastu, baru guna kaki.

Untuk nat seterusnya, cikgu suruh yang perempuan pulak. Saya pun try lah.. Letak kaki atas tu, lompat2, sampai guna dua2 belah kaki, tak jugak turun. Huu.. Semua gelak.. Ish, mestilah saya tak guna sepenuh tenaga, ada banin kat situ, takkan nak lompat2 pulak..

Lepastu, cikgu suruh mana2 banat yang berat sikit try.. Dia kata, badan kena berat sikit.. ceh..

Dah habis semua tu, cikgu bawak kami tengok tapak ujian.

tapak ujian

Pukul 3.50 ptg, cikgu dah bagi balik. Padahal sepatutnya, habis kol 4.30. huaa.. abah mesti tak sampai lagi..

tapi, nasib baik cikgu Azmi suruh tunggu kejap. cikgu kata nak bagi saya naik kereta, lalui kawasan ujian. cikgu stopkan satu kereta kancil, yang ada pelajar dia, suruh saya masuk. saya pun terpinga-pinga, sebab banin dalam tu.. aish.. takpelah, nak belajar.. lagipun, banin tu nampak macam abang. badan pun sihat. hihih.. cikgu suruh saya duduk sit sebelah pemandu, sebab nak bagi tengok macam mana kereta dikendalikan..

mula2, parking. tengok tiang satu lah, pusing kanan habis, tengok tiang 6 lah.. pening sekejap saya. lepas parking, buat pusingan 3 penjuru. ada kertas manual dia dalam kereta tu.. hahah.. lepastu, naik bukit pulak. nak kena tayar atas garisan kuning pulak.. rupanya, best jugak bawak kete ni..

yang banin tu, tanya saya sepatah, sepatah saya jawab. saya tak pandang pun dia sepanjang dalam kereta, harap2 dia tak terasa. sorilah sedara, sekadar menjaga ikhtilat.

last2 tanya2,18 tahun rupenya. sebaya sudah.. lepastu, kol 4 lebih, cikgu Azmi pun masuk kereta tu. saya duduk belakang, cikgu duduk sebelah pemandu.

nampak tak misai cikgu? hihi..

ok. ulang2 buat ujian tu, sampai pukul 4.30.. lepas cap jari, kol abah, rupanya abah baru nak keluar.. huu.. takpelah.. tunggu je.

sebelum pukul 5, abah sampai. terus bawak saya ngan ummi pergi Klang... memang nak gi klang terus lepas amik saya.. sambung citer kat Klang nantilah.. post ni nak cerita pasal bengkel je..

ok, salam.

Ujian Komputer

Yeh,setelah tiga minggu study lengah2, akhirnye buat jugak ujian komputer uh. Pilih hari sabtu, tempah hari rabu lepas.

Ujian tu, buat kat Danau Kota. Sampai danau kota, tak tau tempat ujian tu kat ne. Kol la SKEM. Tanye2, tak jumpa gak tempat. Akak tu rasanya dah naik angin dah. Hihi.. Last2, alhamdulillah, jumpa gak.

So, naik la tingkat satu. Tengok dalam satu bilik tu, ramai orang. Ni ke biliknye? Tengok ada sorang dua pegang buku KPP, sah le..

Masuk2,terus gi daftar. Sign nama kat kertas tempahan, bagi ic and dapat no giliran. Mak aih, no 70.. Tengok kat no giliran kat atas tu(macam kat bank), still no 18. haha.. tunggu la.. masa tu pukul 10.00 pagi. Datang lambat sikit sebab hantar ayyit iyah main badminton.

Dudukla kat satu tempat kosong ni, tapi panas skit sebab sebelah tingkap. Takpelah, asalkan duduk. Tengok orang lain baca buku tu, saya pun bukak2 la.. tengok soalan2 dia buat kali terakhir.

tak ada keje

Ada la jugak yang duduk sebelah saya, tapi lepastu lari cari tempat lain, yang sejuk sikit. Hahah.. Apalah diorang.. Saya memang duduk je situ sampai ke akhirnya, manalah tau dapat memanaskan tangan yang 'sejuk'.. hihih..


Sambil duduk tu, tengoklah orang-orang yang baru sampai. kesian, nombor diorang dah beratus-ratus.. tengah tengok mereka2 tu, tiba-tiba muncullah seorang lelaki ni.

"Ohh.. mix lah.. "

tulah pandangan saya. kalau perempuan kat tv yang gedik2 tu.. agak2 dorang cakap camni kot.."God, damn hot guy! " haha..

Muka dia macam omputih. Rambut perang-perang. Tak taulah kot2 foreigner betul.. tiba-tiba teringat kat Frederick. Lebih kurang lah muka, mana tau budak laki tu pun German ke...

Frederick Weil

tapi budak tu muka hensem sikit la dari Frederick.. hahah..

tunggu2.. sampai giliran amik gambar. ade ke suruh bukak spek.. maybe taknak flash kot.. gambar ni untuk ape ntah...

Tunggu lagi, mata dah nak berat dah ni.. hahah.. tengok-tengok dah pukul 12 tengahari.. wah 2 jam tunggu, baru tengok no 70 kuar. ambil sehelai kertas ni dengan ic. dan masuk dengan berdebar-debarnya. Hahah..

Dapat pc nombor 6. duduk situ. buatlah. nasib baik tak gelabah, ok je. dah habis tu, tengok markah. alhamdulillah, 47/50. okeylah tu, janji lulus. Memang bersyukur yang teramat. Keluar bilik tu, ambil keputusan ujian. Eh, 12 minit je rupanya saya amik ujian tu? Awat cepat sangat? Ntahlah, gabra kot, sebab tu buat laju2. Nasib baik lulus,fuhh..

Ujian komputer. sebelah pintu kuning. naik tingkat 1

Pastu balik, abah ambil. Camtulah ceritanya... Ingat esok nak terus pergi bengkel 6 jam.. tapi..

Friday, February 26, 2010

Dalam Kenangan 1

Pada suatu malam...

Abah: Yong, yong dengar tak tadi uci cakap apa?

Yong: Ha? Cakap apa? (rasa excited sebab dari riak muka abah, ada sesuatu yang menarik telah berlaku)

Abah: Tadi, uci ngan ayyit kongsi nugget. Lepastu, nugget ayyit habis dulu. Ayyit pun...


" Ayyit: Uci! Tengok tu, ada cicak! (sambil menuding ke satu arah)

Uci: (memandang belakang)

Ayyit: (melihat uci memandang belakang, ayyit segera mengambil seketul nugget uci)

Uci: (menyedari nuggetnya hilang satu...) Ish! Ayyit ni! Nape amik uci punye!
(berfikir sebentar...)
Ayyit! Tengok belakang!

Ayyit: (menanti helah uci...)

Uci: Ada GERGASI! (menuding belakang ayyit)

Ayyit: (blinking.. 0.0 ) "


Selesai saja abah bercerita, kami anak beranak langsung ketawa...

Tuesday, February 16, 2010

Kerja sekolah

Hahah..

Tak ada ape nak post kali ni, sebab kat laptop. Tak de gambar kalau nak post pasal task force, ade kat komputer utama je..

Kerja sekolah? Haha..ni pasal shidah. Budak ni,main-main pulak cuti ni... kan dah banyak kerja tangguh..

So, saya sebagai 'penganggur terhormat' sekarang ni, yang dah tak de kerja, tolonglah budak ni sikit2... sekarang tengah tolong tulis nota sejarah.. hahah.. baik ke? entahlah,rasa nak tolong pulak. ikhlas ni..

lagipun, sebagai latihan kot2 masuk matrik nanti, lupe pulak cara tulis nota.. hahah..

ish, apelah..post yang merepek..ish2...

Friday, February 12, 2010

Urgghh.. He's really pissed me off..

When Ijah told me the news, I was so shocked. Without hesitation, I uttered the kalimah,

Innalillah wa inna ilaihi raji'un...

One of my primary's teacher had died.

I feel so upset for a moment and tried to recall the memories with her, when suddenly I got mad.

I mad at him. That teacher's son. A friend of mine in the primary school.

Last year, Yogadass telling me that this teacher having a cancer. Yogadass is my secondary school's friend, also my primary school's friend. We attended the same school.

When I knew the news, I prayed that I hope she'll be fine. Then, coincidentally, I found his son on Friendster, the old friend of primary school.. I asked him about his mother, but he never reply. I don't know why. But, I want to know what my teacher's condition at that time.

I don't give up. I even added him in my ym list, and I asked the same question. He didn't reply. Well, seeing that, I think maybe that question is a sensitive question. Maybe he doesn't want people to know about his mother's condition. Well, that's a maybe...

So, i don't want to question him anymore. But still, I care for that teacher. She teaches me back then. Disappointingly, I forgot about her...

Then, suddenly she died. After a year I knew she had a cancer, after a year I don't know her latest condition, she died.

I even cried in my prayer. Why didn't he tell me about her condition? If I know that she's dying, I could pray for her. That the least I can do over the knowledge she gave to me!

Ahh.. I will never knew the answer.

I have calmed myself now. I know that I shouldn't blame him. I know. Well, for that person, I'm sorry if I get mad to you. I just... feel disappointed, because I couldn't return her favor for teaching me when she's alive, not even a single prayer.

I don't know that the cancer will bring death...

Now,what I can do, is to pray for her safety and comfort in the day hereafter.

Hope Allah bless you teacher Marsila for your kindness. Al-Fatihah.

Sunday, February 7, 2010

Uci oh uci...

Hari tu, opah tumpangkan Nadhirah sat kat rumah sebab opah nak gi hospital... Sape opah? yang tahu maybe de baca post yang pasal opah.

Bila Nadhirah sampai je, Uci tiba-tiba kata, 'Ummi, uci taknak pergi sekolah lah hari ni..."
eh, eh, budak ni..
nadhirah baru 4 tahun umur, uci 5 tahun. uci ngan nadhirah memang kawan, sebab opah pun ada pernah jaga uci.

So, ceritanya kat sini, Uci taknak gi sekolah, sebab Nadhirah ada kat rumah. Nak main le tu... Tapi, Uci memang tengah selsema, so, tepon la cikgu dia, kata Uci selsema.. ceh.. Jadi, budak-budak dua orang tu pon bermain lah dengan gembiranya sampai taknak sarapan, nak main dulu diorang kata.

Em, saya nak cerita pasal ape ye ni? Emm.. haa.. pasal Uci.

Uci dah pandai naik basikal, tapi Nadhirah belum... Alah, basikal empat roda tu je.. Ceritanya i sini, Uci suruh Nadhirah duduk belakang Uci, kat tempat duduk tu, tapi Nadhirah taknak, Nadhirah kata dia takut. Tapi, Uci berkeras jugak(tak delah berkeras...).

Uci suruh lagi Nadhirah duduk belakang, and Nadhirah still taknak," Takot... nanti jatuh.." Uci pun pujuk, " Tak..tak jatuh..kte bawak perlahan je.. " tapi, Nadhirah taknak.. Saya pun masuk campur lah urusan kanak-kanak ribena ni.. tapi, still nadhirah taknak..


Nadhirah nak naik tingkat atas, tapi, Uci halang tangga tu dengan basikal dia.. Ish, uci ni.. Dia suruh Nadhirah naik dulu basikal dia, baru boleh naik.. Hahah, budak2..

tiba-tiba, Uci menitiskan airmatanya.. Saya pun terkejut, " Awat ngan budak ni? "


Rupa-rupanya, Uci nangis sebab Nadhirah taknak naik basikal tu.. Laa, pulak.. Uci masuk rumah, menitiskan air mata atas sofa.

Dia tak nangis, cuma, apa orang kata, ala, yang menitis tu.. Saya pulak pujuk Uci, " Uci, kan Nadhirah kecik lagi, dia kan takot... " tapi, uci still nangis, mumbling2..

Pastu, Uci kuar rumah, naik basikal dia lagi... Uci ajak Nadhirah naik lagi, tapi... still sama..



Pastu, Nadhirah pun main lego... Uci tengok je, still ngan basikal dia. Dia taknak bagi Nadhirah masuk rumah pulak tu... Lama-lama, Uci pun masuk rumah.

Pastu, Nadhirah pun ikut masuk rumah. Dia nampak tabung burger tu. Dia pun excited. Saya pesan jangan sampai jatuh. Saya pun teruskan kerja2 rumah.. tiba-tiba..

Pranggg!!!

Uci dah masukkan kaca dalam tong sampah

Ades, pecah daa... Macam dah dapat di agak je.. Hahah.. Yela, bagi budak 4 tahun main kaca, memang gitu la jadi.. Tanya diorang, sape pecahkan, Uci kata Nadhirah.. Nadhirah diam je.. Hahah.. Memanglah Nadhirah, dah dia yang main..


Saya kata jangan dekat ngan tempat kejadian, tapi, Uci still dekat. Dia siap angkat kaca-kaca yang besar, masuk dalam tong sampah yang berdekatan... Last2, tangan dia yang luka.. Ceh, kan dah kata..

Tapi, last2, diorang dah kawan balik... My opinion is,

'Heh, budak-budak...'

Sunday, January 31, 2010

Kursus KPP

sleepy
Dengar citer ramai kata kursus ni boring, ngantukla... Jadi, saya pun konon-konon nak pecahkan rekod,konon takkan ngantuklah. Tidur awal malam tu... Huiyoo..

Okay, abah hantar pagi semalam ke Institut Memandu SKEM. tak ikut kereta diorang, sebab abah boleh hantarkan...

Sampai pukul 9.00 pagi, start kelas pukul 9.45 pagi. Berkenalan dengan sorang akak ni, kak Siti namanya. 28 tahun kot umurnya. Samalah, tak tau basic. Hahah..

Masa daftar tu, dapat kad merah and buku KPP( Kurikulum Pendidikan Pemandu). Masa nak scan jari kanan,tak leh pulak... Biasa la tu.. Nak buat account dulu pun camtu.. So, guna jari kiri.

Dapat kelas Mawar. Bilik tu kecik je. Ingatkan buat dalam dewan besar. Hahah.. Oklah kecik tu, senang bagi perhatian. Budak2 lebih kurang 60 orang je... Lebih peserta MH-i..

Nama pegawai yang bagi kursus tuk sebelah pagi, Encik Hisyam namanya. Mula-mula dia cakap pasal niat. Apa niat kita datang sini. Lepastu dia cakap2 n cakap. Pasal turutan program, cara jawab soalan, and dia terangkan sikit2 apa ada dalam buku ni...

Sedih oh bila dah nak dekat tengahari tu....
Kenapa sedih? Sebab tak dapat pecah rekod... Huu... Pening pulak asyik pandang slide.

Tengahari pukul satu stop, rehat sampai kol dua. Sebab takut x sempat nak solat, makan kerepok lekor je. Tempat amik wudhu' kat surau tu agak bahaya, sebab kalau laki termasuk, leh terus nampak kitorang... Ish.. kena tambah sikit patutnye..

kol 2 lebih, bermulanya slot ngan Puan Norsiah yang berumur 47 tahun. Umur cikgu Hisyam dirahsiakan, katanya. Hahah.. cikgu Hisyam tu kelentonglah kalau kata anak 10 orang... hahah..

suara cikgu norsiah kuat... bagus cikgu ni. tapi, still ngantuk jugak.. maybe saya je kot, sebab terlebih tidur... habis kol 4.10 petang. abah datang amik.

balik2 terus tertidur sebab pening sangat... huu.. lepas ni test pulak. Ya Allah, harap-harap kali pertama dah lulus... Amin...

Sunday, January 24, 2010

Mh-i dah habis..

Alhamdulillah.. MH-i dah habis... Masa nak berpisah ngan kawan-kawan tu, ingat tak sedih, tapi, sedih jugak rupenya, sebab tak tahu bila dapat jumpa lagi... Yang dari Terengganu terutamanya...

Bila dah balik rumah ni, rasa macam baru je pergi MH-i... Padahal, sebulan kat sana... Macam-macam hal ada...

Kawan-kawan,
selama ni pergi program2, tiga empat hari je... kawan pun kenal tak kenal.. kalau yang pergi xrek, leaders, xpert, xcell, boleh dikatakan kita kenal dorang(yang pergi tiap2 program), lebih kurang lapan hari je keseluruhannya... tapi kat MH-i, yang tak pernah pegi mana2 kem, terus sebulan kita kenal dorang.. yang kita dah pernah jumpa, kita lebih lapan hari dorang.. (faham tak ni?).

Jadi, harap2, ingatlah semua saat indah ni... Tak tahu bila lagi dapat jumpa dorang... Jangan loss contact..

Emm, tiba-tiba teringat KBM. akhirnya, merasalah jugak saya rasa program tu.. tak pernah lg sebelum ni.. yang nangis2 tu, harap jangan nangis kat situ je, tapi xinsaf jugak... pastikan sesi muhasabah diri itu, sesuatu yang wajib tiap-tiap hari.. Insya-Allah..

blog MH-i = Madrasatul Hayah Islah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...