Thursday, July 30, 2009

Makanan

Assalamualaikum..

Bila terfikir pasal makanan, tiba-tiba terfikir, kenapa kita manusia ni ade makanan kegemaran dan yang tidak. Semuanya mesti ada alasannye. Saya pulak? Jap, nak muhasabah jap.

Makanan Tidak Digemari

Kerang- Dia ada pasir2, pastu macam ade tahi2 je.. cam geli pulak.. lembik2..
Lala dan yang sewaktu dengan kerang- Alasan sama seperti di atas
Siput sedut- Dulu, asyik tengok je ummi, shidah ngan ijah makan siput sedut. cam sedap je. sy hirup kuah die je, masak lemak pedas. pastu, one day teringin pulak nak cuba sebab dorang kate sedap(kunonnye..). jadi, cubalah sedut. ummi bagi amaran jgn tengok siput tu. tp, 'ter'degil, nak wat camne? lepas sedut, tengok sekejap. MasyaAllah!! Terus trauma!
Sawi- Kalau yang pahit tu. Tapi sawi bunga sedap sebab lembut.
Sushi- Bau rumpai die. Masa tu rase cam nak muntah. Cuba keluarkan rumpai tu, tapi, bau die still ade kat nasi. Waa.. tak dapat nak jamah sikit pun.
Lobak- Bau dia tak tahan kecuali yang dah lembut. Dalam tomyam ke? hehe..sedap pulak..

So, itulah makanan yang saya tak gemar buat masa ni yang mungkin merupakan kegemaran orang lain. Jadi, jangan ambil hati sebab kita manusia sentiasa berubah.

Makanan Yang Disukai

Masak lemak pedas- Pedass!! Sedapp!! Tak kesahlah ayam ke, telur ke, ikan ke..
Asam pedas- Huu!! Sedap! Pedas pulak tu!!
Tomyam- Lagi pedas, lagi baik!
Sambal belacan- Wah!! Sedapnye makan bersame tempoyak dengan timun!! Pedas lagi best!
Nasi lemak- Lagi pedas sambal die lagi best!
Sardin- Ni, kalau pedas ni, menjilat jari..!!
Nasi goreng kampung- Sedapnye.. Ish, teringin pulak nak makan sekarang. Masa die tengah panas dan pedas, makan sungguhlah kenyang..
Kentang- Apa-apa masakan ajelah yang ade kentang. Kecuali french fried tu.. Kalori tinggi..banyak garam..ee..tak baik untuk kesihatan. samalah mcm kentang lenyek..
saya suka kentang rebus. ada potassium dan magnesium.. haha..

Waa.. Semuanya sedap.. Nilah makanan manusia macam saya. Dengar kate, cili bagus untuk halang kanser. Jadi, makanlah cili selalu..hehe..

Walaubagaimanapun, makanan yang diambil perlulah ada hadnya(buat karangan jap). Ingatlah pesan Rasulullah, makan ketika lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Selain itu, elakkan berbaring selepas makan. Ia tidak akan membantu penghadaman.

Yela, puase kan dah nak dekat. Nanti, kot2 ade yang terlentok sekejap lepas sahur. Alasannya,
" Alah, 5 minit je.."

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Meraikan Ramadhan..

Monday, July 27, 2009

Solat Subuh

Malam tu tiba-tiba je Iyah membangkitkan suatu peristiwa.

"Ayyit, Ayyit... Ayyit angkat tangan tak masa ustaz tanya 'siapa yang taknak tinggal solat lagi?' masa ceramah Isra' Mikraj semalam?" tanya Iyah yang berusia 7 tahun.

"Angkat..." jawab Ayyit, 9 tahun.

"Iyah pun angkat. Kalau camtu kan Ayyit, malam ni kita solat Isya' ek? Esok sebelum gi sekolah kita solat Subuh," cadang Iyah. Ayyit cuma menggangguk.

SubhanaAllah, masa tu, terkejut beruk kitorang dengar Iyah cakap macam tu. Kami tak sangka. Teringat dulu, masa darjah berapa baru kami solat Subuh. Yelah, kami pun orang biasa. Hidup dalam suasana biasa. Terharu dengar Iyah cakap macam tu.

Tapi malam tu, dia tertidur awal. Kami lupa nak kejutkan tuk solat Isya'. Tapi, masa Subuh, kami kejut. Iyah bangun dengan bersemangatnya, Ayyit liat sikit. Diorang solat jemaah dua orang,macam biasa dan siap ke sekolah dengan biasa. Alhamdulillah...

Sekarang ni diorang dah praktikkan solat Subuh dan Isya'. Tapi, yang paling bersemangat, Iyahlah. Baru dua tiga hari gitu. Apa-apapun, kitorang akan pastikan diorang istiqamah. Nak bagi budak-budak istiqamah ni, kena bagi diorang minat dulu. Berkesan agaknya ceramah Isra' Mikra j tu...


Ya Allah, kau jadikanlah aku dan adik-adikku anak yang soleh...

Kadang-kadang, bila kita lihat keadaan ni, terkilan jugak pada mereka-mereka di luar sana yang dah besar panjang tapi masih tidak bersolat. Terkilan jugak pada sesetengah budak-budak sekolah yang lelaki,siap boleh bagitau yang dorang tak solat Subuh...

Padahal, solat tukan satu kewajipan bagi mereka yang sudah baligh. Kalau masa zaman kanak-kanak tu, tak pelah, tapi kalau dah baligh, apa guna lagi memberi alasan bas dah sampai la, bangun lewatlah... Semua tu, sudah Allah berikan kemudahan.

Ingatlah, kematian itu, sesuatu yang nyata.

Monday, July 6, 2009

Keputusan PLKN

Salam..

Huu.. Hari tu, satu kelas kecoh semakan status calon plkn dah keluar.. Joanne kena.. Joanne kate, leh semak online, gi kat laman web dia.

Jadi, balik2, petang tu, bukak la website dia, tapi, connection tak ada. Peliklah jugak, sebab bukak website lain, ade pulak. Patutlah Joanne kate, kadang2 connection tak ada. Abah kata, ramai orang nak check, sebab tu tak dapat. Abah kata, cuba pagi esok.

Huu.. Perasaan berdebar-debar je.. Sekarang ni, pasrah ajelah.. Kalau tak dapat, tak pelah.. Kalau dapat, rasa malas pulak nak pergi. So, ape-apehal pun, semak ajelah dulu. Kaunselor kata, dia pilih random aje.

Jadi, pukul 5,25 pagi, bangun tidur, terus bukak komputer. Tulis kat Google, PLKN. Klik semakan status apebenda ntah(dah lupa), dan keluarlah tempat dia suruh letak nombor kad pengenalan...

Mula-mula check untuk Fazlina. 920327-14-xxxx, klik, semak. Maaf, anda tidak tersenarai dalam senarai (macam tu la kut). Huu..saya dah tarik nafas dah ni.. Check untuk Sharinah pulak, 921124-08-xxxx, klik semak. Maaf, anda pun tak tersenarai jugak...(lebih kurang la..:P).

Jantung dah kencang dah ni...
Sekarang, giliran saya pulak. Dalam bentuk cerpen la..

xxx

Monitor di hadapanku ku tatap dalam-dalam. Cahaya monitor di dalam kegelapan pagi itu menyilau mataku. Ku buka tutup mataku dengan harapan dapat menyesuaikannya dengan cahaya yang serba terang itu.

Dengan nafas yang ku tarik dalam-dalam, kunci-kunci nombor di atas papan kekunci(eh, betul ke tak ni?) ku tekan perlahan-lahan.

920506-14-xxxx

Keringat mulai menitik daripada dahi adikku yang sedang tidur akibat kepanasan kerana kipas telah ku halakan kepada ku yang cemas.

Lambat-lambat ku tekan butang 'semak'... dengan lafaz basmallah.

"KLIK"...







bersambung selepas ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...