Saturday, June 27, 2009

Hari Bertemu Pelanggan

27 jun 2009
Pagi2, abah ngan ummi pergi sekolah kebangsaan dulu. Pastu, datang sekolah menengah pulak. Pergi kelas Ijah dulu, baru pergi kelas saya. Cikgu kata, result saya turun naik,,maksudnya, basic tak kuat lagi, Fikir-fikir, betul jugak kata cikgu tu. Kalau tak belajar je, result turun.. Tapi, alhamdulillah, tuk pertengahan tahun, dapat nombor lima. Rasa bersyukur sangat sebab dapat tewaskan budak-budak cina dengan budak yang pergi tuisyen. Rasanya, dalam kelas saya, dua orang je kot yang tak pegi tuisyen. Saya dengan Rabie. Tapi, Rabie boleh dapat nombor satu dan selalu dapat semua A. Camne ntah dia belajar.. Sebenarnya, dah lama sekolah kitorang tak dengar tentang lelaki yang cemerlang.. thehehehe..

Pastu,saya ikut ummi pergi Klang, sekolah shidah pulak. Masuk2, dorang sume pakai baju seragam kisas yang warna hijau tu. Turun je kereta, segan tetiba.. Sepanjang berada kat sekolah tu saya segan, dalam masa yang sama, rasa gembira. Semua muslimin dan muslimat bersongkok dan bertudung labuh.. Satu perasaan segan mula menjelma..

Yela, dekat sekolah saya, boleh kira berapa orang pakai songkok. Tudung labuh pun sama. 4 orang je rasanye.. Bila kat sekolah tu,kiri kanan boleh nampak.. Alangkah baiknya kalau saya berada dalam keadaan macam tu... Bila la agaknya? Masa dekat program2 KRJ je boleh rasa perasaan best macam tu..

Penat kat sana, kena jaga Uci. Shidah kate die dapat nombor 23 daripada 27.. Dia sedih giler.. Tulah,mase kat sekolah harian, selalu dapat nombor 1, tapi tetiba datang sekolah ni, 23 terus..

Dah habis cakap dengan cikgu semua, bawak shidah jalan-jalan. Dia teringin nak makan kfc pulak.. hek2..

saya,balik2, perut kenyang.. sampai sakit perut. aduh..pukul 8.oo malam, tertido. nasib baik terbangun pukul 4.00, walaupun tak kunci jam.. selamat isya'. sebenarnya, terbangun pukul 4 pagi tu,sebab terdengar bisikan. Ada orang bisik,suara macam shidah..Dia kate," yong,jom bangun semayang.." terus sy terbangun. istigfar sekejap.. terkejut woo.. huu..

abah ajak ummi ngan uci pergi terengganu. sampai hari rabu. bertolak tengahari ahad. nampak gayanye, kena uruskan adik2 lagi..

Wednesday, June 24, 2009

Tinta

Assalamualaikum.
Update jap. Tengah buat addmath, leh pulak bukak laptop yek..

Shidah balik asrama semalam. Demam campak dah dicampak keluar. So, bilik yang dikuarantinkan selama dia beradu di situ, sedang dibersihkan.

Emm, minggu ni Minggu Koperasi. Khamis dan Jumaat ni, ada sedikit jualan dari orang luar iaitu, jualan Setemku. Kita bagi gambar kat diorang, nanti diorang buat setem letak gambar kita. Boleh digunakan. Yang kedua, dari GempakStarz. Datang jual majalah dan komik. Yang ketiga, dari Rakan Muda. Sesiapa nak join, boleh daftar. 26,27, 28 Jun ni, ada Bazar Buku yang bertempat di sekolah kami. Harga runtuh. Sesiapa nak datang, datanglah ke SMK Wangsa Melawati, KL. Pukul 9-5 petang.

27 haribulan ni, Sabtu ada hari Bertemu Pelanggan a.k.a hari terbuka. Masalahnya, sekolah Ayyit ngan Iyah pun,ada hari terbuka yang sama di SK Klang Gate. Tambah kelakar lagi, Shidah pun, ada hari terbuka, Mawaddah, di kisas. Hoho~
Ummi pun cakap, " Ish, pening ummi. Sekolah ni, tak fikir ke kalau ibu bapa ada anak ramai. Nak jugak buat hari yang sama".
Haha.. Jadi, rancangan ummi, pagi2 tu, pegi sekolah rendah dulu. Pastu bawak budak-budak tu pergi terus sekolah menengah, pastu terus bergerak keKlang, sekolah Shidah. Hohoh..

Habis... Sambung bila ada masa terluang.

Saturday, June 20, 2009

Apa Yang Berlaku Minggu Ni?

Ahad, 14 Jun

Ummi masih di hospital. Tak boleh keluar lagi sebab tak scan lagi. Doktor cuti hari ahad. adoi.. hari ni ummi pindah ke wad di neurologi. oklah,wad selesa sikit. ijah jaga ummi lagi,jadi kemungkinan ijah tak sekolah esok.
Kat rumah, banyak kerja kena buat. Nak prepare rumah lawa tuk ummi. Nanti ummi esok nak balik, takkan nak tengok rumah sepah-sepah, kan?
Shidah tak sempat balik asrama. Abah penat sangat pagi tu. Cadang hantar pagi esok.

Isnin, 15 Jun

Wow, kali ni, kena masak sarapan sendiri. Pagi-pagi,bangun tanak nasi. Pastu, tidur balik. Pukul 5.30 bangun, siapkan diri dan masak. Masak nasi goreng biasa je. Tuk Ayyit, masak roti bom aje. Adik-adik, kejut mandi, pakai baju, makan, diorang pun pergi sekolah. Nasib baik abah ade kat rumah, tolong tengokkan Uci kejap. Akibatnya, saya lambat ke sekolah, tapi tak kena tahan pun. Abah tak dapat hantar Shidah balik sekolah, tak sempat lagi. Leh.. So,pagi esok la gamaknya. Sian Shidah. Abah pun buat surat. Tapi, suruh yong taip pulak, haha.. Pandai-pandilah reka ayat.
Ummi balik rumah malam tu.

Selasa, 16 Jun

Ummi penat lagi. Tidur je. Sian ummi.Doktor bagi ubat banyak sangat. Ummi jalan pun tak betul lagi. Jadi, rumah dan adik-adik, masih di bawah tanggungjawabku. Ummi tak leh kena air sangat,cepat kecut kulit. Sian Shidah, abah tak dapat hantar lagi. Cadang hari ni, tapi, problem pulak. Abah hantar Shidah malam, tapi patah balik sebab jam.

Rabu, 17 Jun

Lupalah sarapan apa pagi tu. Shidah abah hantar pagi-pagi, pukul 6. Ummi dah ok sikit,tapi tak ok jugak. Tak boleh pegang benda berat-berat.

Khamis, 18 Jun

Malam pukul 9, ahli-ahli usrah datang ziarah sekali ngan naqibah kitorang,Makcik Zai. Mak Sumayyah pun datang. Ayah-ayah depa pun ikut mai sekali.Borak ngan abah.
Entah kenapa, Atan famous malam tu. Haha.. Semua suka kat Atan. Kata muka Atan comel. Bulu bersih. Haha.. Kalau Uci,dia pijak je ekor atan tu.

Jumaat, 19 Jun

Ada lawatan ke pameran pendidikan di klcc untuk pengawas pusat sumber. Datang-datang, sesat sekejap. Yela, dengan budak-budak tingkatan 1 ngan 2 yang masih lagi kanak-kanak Ribena, adui, tuhan sajalah yang tahu. Dekat sejam, baru sampai dewan yang dimaksudkan dalam surat. Datang-datang, tempat tu macam sunyi. Menyedihkan betul, sebab, tanya-tanya pengawal kat situ, " Emm, rasanya pameran tu, tarikh akhir dia semalam," Lah, sudah......
Apa daa surat tu, haha,buat penat kitorang je. Cikgu nak mengadu sebab bagi kitorang surat salah tarikh...Abis la..

Sabtu, 20 Jun

Koko sekerat hari. Nak kumpul tandatangan. Kerengga masuk dalam telinga Nadia.Sian dia. Cikgu kate kena masukkan air dalam telinga,tapi nasib baik kerengga tu dah keluar...

Balik rumah,Eteh ngan PakLong ada. Petang, ajak Pak Long ke Giant. Beli barang keperluan sebab abah outstation lagi. Pegi Sarawak kot.. Malam Pak Ngah pulak datang. Lawat ummi dan... hantar shidah balik rumah.

Shidah kena demam campak. Hahahah.. eh, tak baik gelak. huu~ Nasib baik demam campak je, tak chicken pox, sebab saya tak pernah kena lagi.Kang tak pasal2 kena jangkit. Sian shidah, baru je balik sekolah,balik rumah balik...

K lah, nak study sejarah. Trial bulan 8... Huu~

Tuesday, June 16, 2009

Harvard Hotel



Cuti raya cina baru2 ni, kitorg satu family balik kampung, kat tanjung piandang, parit buntar, perak. pastu, abah nk survey pulak resort dekat Kedah, jadi kitorg pun pergilah Kedah. siap pack brg sbb nk tido kat resort tu satu malam. nk survey resort tu utk projek abah yg akan dtg. Yey! inilah pertama kali kami adik-beradik menjejakkan kaki kat Kedah. Tempat yg abah pilih is, Sungai Petani. berapa jam ye perjalanan, lupa pulak.


nama resort tu, Harvard Suasana Resort. mula2 masuk, nampak cam xberpenghuni.. pokok2 byk yg dah kering, pulak tu, xde lgsung la org tgh jln2 ke... hihi.. nampak cam berhantu je. kitorg pun msuk la tmpat utama die.. pastu, ternmpakla satu group ni mata2 sepet2 belaka. nmpak mcm org korea. rupa2nye mmg betol org korea. abah pun jumpe la ngan manager resort tu, ckp2. manager tu kate, mmg koreans tu dtg situ, nk traning golf, sbb kt korea skrg winter.. ijah pulak xabis2 bising, terlebih excited tgk org korea.. ape la..



kitorang pun lepas tu masukla bilik die.. woaa! agak best! diorg bagi bilik yg mmg khas utk family.. best la jugak.. budak2 tu pulak, msuk2 je bilik, terus lompat2 atas katil.. ceh! mcm xpenah jumpe.. esoknye pulak, budak tiga org tu, nak mandi kat kolam.. adui, nk menjg depa, buka main susah.. naseb baik xde org sbb pg lagi.. bile dh tghhari, kami 8 org pun balik perak. ingat nk tolong tok perak buat bubur asyura, tp tertido pulak, penat sg..hihih.. bangun2 je bubur dah siap.. tinggal nk makan je.. hee..

Khas Tuk Shidah

Bile baca ni, shidah tergelak tak?

12 12 12 12 12
12

12 12 12 12

12 12 12 12

12 12 12 12


hahaha..

Friday, June 12, 2009

Ummi

Malam tadi teman ummi kat hospital. Ummi pening2. Kaki ummi lemah. Jadi, yong kena tolong ummi. Tidur atas kerusi je malam tadi. Takpelah... Asalkan dapat teman ummi. Hospital tu bagi sorang je teman. Tengahari abah datang, bawak yong balik. Nak tukar orang. Samada shidah atau ijah. Blood pressure ummi normal, gula dalam badan pun normal. Doktor rasa strok. Tapi, tak tahu la.. Pagi tadi, teman ummi pegi jabatan neorologi. Esok, kata doktor Shikin, buat CT scan. Ummi mengadu peha sakit, jadi petang ni buat X-Ray. Yong tak tahu apa result sebab sekarang kat rumah... Minta-minta tak ada apa2 yang tak normal.. Amin..

Wednesday, June 10, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Ummi

Pukul 2.30 pagi tadi, 11.6.09, ummi terjaga. Kebetulan yong ngan Ijah tak tidur lagi. Ummi terjaga sambil termenung, meniarap. Pukul 2.40 dengar macam ummi tengah mengeliat, waktu tulah, reaksi ummi pelik. Ummi bergetar. Yong ngan Ijah terus pergi kat ummi, tanya ummi ok ke tak. Tiba-tiba keadaan ummi makin teruk, kitorang jerit nama abah. Darah mula mengalir daripada mulut ummi. Ijah takut. Ijah menangis. Yong kejut Shidah. Abah pegang ummi, "Sayang, okay tak ni..Ummi..ummi.. dengar tak?"

Ummi macam tak sedarkan diri. Yong tarik nafas panjang2, cuba tenangkan diri, sebab adik2 dah menangis, takkan yong nak ikut sekali. Darah keluar lagi. Abah suruh call maksu. Maksu doktor. Maksu suruh ngiringkan badan ummi. Abah suruh call ambulan. Yong dail talian kecemasan. Terangkan macammana keadaan ummi, alamat rumah. Talian disambung ke talian hospital. Sekali lagi yong terang benda yang sama. Tangan yong dah sejuk. Orang dari hospital suruh sesiapa tolong ke jalan besar Klang Gate takut terlepas lorong. Yong rasa tu tanggungjawab yong. Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi.

Sarung t-shirt labuh, pakai stoking, pakai tudung tak sempat pakai anak tudung, yong lari keluar. Ayyit ikut sama. Ijah tolong panggilkan jiran. Shidah bacakan Yaasin. Yong ngan Ayyit lari laju2 ke jalan besar yang lebih kurang 2000 atau 1000 meter. Yong tunggu ambulan. Kebetulan ada ahli pasukan RELA, yong bagitau keadaan ummi. Pakcik tu teman kami. Ambulan datang.

Muka ummi pucat. Kaki ummi panas. Ummi dibalut selimut dan di angkat dengan strecher. Yong, shidah, ijah, abah, semua ikut. Mintak tolong jiran tolong jaga budak2 kecik. Dalam ambulan, Yaasin tak putus2 dibaca, juga zikrullah. Ya Allah, tolonglah selamatkan ummi!

Sampai HBKL, kami tunggu ummi di scan dan di periksa. Masa tu pukul 3.40 pagi. Kami tunggu dan tunggu. Kami berdoa agar ummi tak apa2. Ijah takut lagi. Lebih kurang pukul 5.20 pagi, doktor kata ummi dah tenang. Cuma lemah. Alhamdulillah... Rasa air mata nak mengalir. Syukur alhamdulillah... Apa yang terjadi betul mengejutkan kami.. Kami tak sangka.. Huhu..

Sekarang ummi diperiksa lagi. Ummi kena tinggal kat wad buat mse sekarang. Jadi, rumah bawah tanggungjawab yong. InsyaAllah, yong akan jaga adik2, ummi. Harap ummi sihat...

Telatah Adik

Ijah mengadakan kuiz agama untuk menguji Ayyit dan Iyah.

Ijah: Iyah, berapa umur nabi Muhammad masa baginda mula berkahwin? (ijah sje je bagi soklan ni, padahal diorang tak belajar pun lagi)

Iyah: 25

Ijah: (Ijah tersedak) Iyah, wow! Macammana iyah tahu?

Iyah: Iyah teka je..( Iyah berkata dengan selambanye)

Ijah: ...

Keluarga Saya

Keluarga saya

Abah- Mohd Razali bin Abdul Rashid

Ummi- Siti Roziah bt. Abdul Hamid

Anak-anak~
1) Muslihah- Yong (SK Desa Setapak, SK Klang Gate, SMK Wangsa Melawati) -18

2) Murshidah- Shidah (SKDS, SKKG, SMKWM, Kolej Islam Sultan Azlan Shah) -17

3) Mu'izzah- Ijah (SKDS, SKKG, SMKWM) -16

4) Mujahid- Ayyit (Tadika Amal, Taski Muhammadi, SKKG) -10

5) Munirah- Iyah (Tadika Amal, Taski Muhammadi, SKKG) -8

6) Musyirah- Uci (Tadika Amal) -5

Program Ibrah Wasiat Luqman

Program Ibrah Wasiat Luqman ni, diadakan hari ini, 10.6.2009. Tempatnya di rumah kedai di luar Adni. Mula pukul 9.00-1.00 lebih. Aktiviti-aktiviti yang diadakan:
Sebelum rehat:Ibrah Wasiat Luqman
Selepas rehat: Ayuh, Mari Berpidato

Pagi tadi, Ijah tak dapat ikut sama sebab ada tuisyen Arab. Jadi, saya ngan Shidah jelah yang pergi. Pagi-pagi tu, sibuk nak pilih baju apa nak pakai. Jubah ke, baju kurung ke, t-shirt ke.. Last2, pakai je la t-shirt KSPPJ (Karnival Sukan Piala Presiden JIM) tu.. Sempat lagi buat lawak dengan Shidah, barapa ramai la agaknya yang pakai baju yang sama dengan saya. Memang kadang-kadang tu, nampat banat pakai baju yang sama. Tuisyen Arab Ijah pukul 8.30, tapi Ijah siap lambat. Kami sampai lambat ke program. Dahlah, lepas tulis nama, terlupa bayar yuran. Hahah.. Sepuluh ringgit sorang. Nasib baik abah panggil balik. Tulah, ingatkan Shidah dah bayarkan.. Hoho.. Pastu, terperasan pulak sorang banin ni pakai baju KSPPJ. Dah agak dah, mesti ada yang pakai punye.. Tapi, banat tak ade pulak..

Program pertama, Ibrah Wasiat Luqman. Makcik Zaiton yang conduct. Ibrah bermaksud pengajaran.

Aktiviti pertama, Syifa' kata, 'Ice Breaking kononnye..'. Saya ngan Shidah tak tahu apa2 sebab terlambat sikit. Pastu, mula buat kumpulan. Boleh pilih sendiri. Group saya, Balqis, Murshidah, Sumayyah, Yasmin( Al-Amin Bangi), Syamila(Mel) dan Yana. Syamila ngan Yana ni, amik aliran sains agama. Alamak, lupa pulak diorang sekolah apa.

Makcik Ton bagi dua helai kertas untuk dijawab. Soalan2nya adalah berkisar tentang Luqman. Yasmin dah keluarkan Al-Quran, tapi makcik Ton kata, tak boleh ada apa2 rujukan. Guna ilmu sedia ada. Tapi, Balqis ni, guna fon dia sebenarnya. Kuikuikui.. Balqis terlupa kot takleh guna rujukan. Ayok.. Sebab tulah, dapat markah 14 tu.. Terlupa lak nak tegur. Biaqpilah dia.. Nama kumpulan, Muslihah. Budak2 nilah, tak tahu nak letak apa, main letak je nama tu. Muslihah tu maksudnya, yang memperbaik. Dahlah, nama ketua pun Muslihah. Aiyoo.. Dah hantar kertas tu, makcik Ton bagi lagi kertas2 yang sama, dan jawab dengan rujukan, iaitu Al-Quran dan buku2 mengenai wasiat Luqman yang telah disediakan. Kena bandingkan jawapan.

Kesimpulannya, ikut wasiat Luqman. Kezaliman yang terbesar ialah, mempersekutukan Allah. Surah Al-Luqman merupakan surah Al-Makkiyah, ada 34 ayat dan merupakan surah ke 31.

Pesan makcik Ton, jadikan Al-quran sebagai air. Kalau tak baca sehari, tak boleh. Mesti baca jugak. InsyaAllah makcik Ton.

Program kedua, Ayuh, Mari Berpidato. Cikgu Akmal yang conduct.

Antara pemidato yang mampu mengubah sejarah adalah Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Antara pemidato yang hebat sepanjang zaman pula adalah Tariq bin Ziyad, Saidina Ali dan Ibn Al-Jauzi.

Belajar berpidato, kerana kita nak berdakwah. Adakah orang akan ikut kita, kalau cara percakapan kita membosankan? Tentu tidak.
Itulah antara ucapan pendahuluan cikgu Akmal.

Belajar pembelitan lidah. Betullah kata cikgu, kalau nak berpidato, kena belajar dan berlatih. Lepastu belajar teknik pengayaan. Cara gerak jari, tangan ke kiri ke kanan, belakang, depan. Tapi, yang paling best, masa belajar teknik penceritaan. Teringin nak buat contoh yang dia bagi tu, tapi, ada hal sikit, jadi, tak boleh bangun. Heheh.. Lagipun, ayat dia ganas sikit. Kalau buat kat rumah, boleh la.. Haha..

Apa? Kau tampar bapa kau sendiri? Kau ni memang memalukan keluarga! Tak cukupkah selama ni engkau jadi pemabuk, kaki judi, pecah amanah, keluar masuk penjara...

Tulah contoh dia. Ada lagi, malas nak tulis je. Balqis ke depan dengan Shamila. Shidah kata, Balqis kalau cakap, memang gitu lah cara. Ada nada. Hoho..

Last2, cikgu Akmal suruh buat latihan dekat rumah.

Makcik Ton bagi nasihat, supaya belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.

Habis.




Sunday, June 7, 2009

Kelas Tambahan

Cuti dua minggu ni, cikgu adakan kelas tambahan. Tapi, biasalah, tak ramai yang datang, lebih-lebih lagi subjek teras. Tapi, bila elektif je, ramai la pulak. Hoho..

Hari ni ada BM dan Sejarah. Seperti yang dijangka, berapa ajelah yang datang. 13 orang je. Kelas tambahan pukul 8.30. Tapi, sebab terbangun lambat punya pasal, saya terlambat sepuluh minit. Hee~ Lagipun jalan kaki.

BM belajar pasal novel. Perbandingan novel. Mungkin sebab kami tak pernah di ajar cara menjawab soalan perbandingan dengan betul, sebab tulah, cikgu ajar balik. Soalan periksa baru-baru ni, keluar perbandingan. Perbandingan latar masa. Aduh, saya main jawab je. Tadi, cikgu tegur, ada orang tu, soalan latar masa, tapi, jawab latar tempat. Tiba-tiba je terasa. Haha.. Saya tak lupa macam mana latar masa, jadi, jawab latar tempat ajelah.

Kami bincang perbandingan watak sampingan. Limah daripada Bukit Kepong, Hayati daripada Konserto Terakhir. Haha, baru semalam tengok Bukit Kepong kat TV2. bincang bincang, ooohh... macam tu rupanya nak buat. Pastu belajar tatabahasa.

9.30 pagi, tukar Sejarah. Yey! Cikgu Normala. Cikgu Sejarah Form 3 dulu, tp sayang, beliau tak mengajar budak form5 tahun ni. Huu.. Cikgu Normala ajar best! Kami belajar pasal bab 9 tingkatan 4.

Bila tengok analisis soalan, cikgu yakin bab9 tingkatan 4 dan 5, wajib keluar SPM tahun ni. Hoho~ Belajar pasal zaman gelap Eropah dan Rennaisance. Cikgu kata," Zaman gelap di Eropah ni, samalah dengan zaman Jahiliyah di Arab. Tapi, kalau korang jawab ciri-ciri zaman gelap Eropah, orangnya bodo, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak, berzina, minum arak, serius kosong," Kami gelak. Cikgu suka mengajar macam tu. Dengan gaya bahasanya. Haha.. Kami tak mengantuklah kalau camtu.

Pastu cikgu tanya lagi, zaman Renaissance pulak, dekat Jepun, masa bila. Syafiq jawab, zaman Maharaja Meiji. Kitorang pun, woohh.. Tak terfikir pulak. Cikgu kata,"pandai..."
Cikgu Mala tanya lagi, "Zaman Renaissance dekat Arab pulak? Emm..Muslihah?" Saya nak jawab masa penyebaran agama Islam tapi pastu, tetiba cikgu tukar topik.

"Ha, kalau nak tahu, Muslihah ni ada adik. Sorang Murshidah, sorang Mu'izzah. Jadi ada tiga kat sekolah ni dulu. 3M,"
Waa, kawan2 semua gelak dengar 3M.
Cikgu sambung lagi," Yang lelaki, kalau nak pilih isteri, pilihlah yang macam tiga beradik ni. Dididik dengan baik, penuh kesopanan, baju tutup aurat, rambut tak colour..."
Ya Allah, dalam hati ni, tuhan sajalah yang tahu betapa segannya diri. Cikgu Mala ni, tetiba je. Banat, banin semua pandang senyum2.. Ya Allah... Apala cikgu... Huhuu..

Pastu, sambung belajar macam biasa. Cikgu cerita pasal pengalaman dia kat sekolah dulu. Kalau tulis karangan pasal gejala sosial, ada 3 isi je iaitu, 3D.

'DAKYAH KOMUNIS', 'DAKWAH SONGSANG' dan 'DEDAH'. haha~

Kalau sekarang, macam2. Gangsterisme,buli, vandalisme,ponteng...
Patut kelas habis pukul 10.30, tapi sambung sampai 11.00 pagi. Syok sangat dengar cikgu bercerita. Dah takda kaitan dengan sejarah pun ada.

Esok ada Sejarah dan Matematik Tambahan. Tapi, cikgu Math tak ada esok. Kena deman campak. Ala, sian cikgu. Cikgu Normala pun kata tak payah datang esok... Jadi, tak yah datanglah esok..Hihi~

Baiklah, sekian sahaja buat masa ni. Saya menutup dengan penuh rasa rendah diri.
Belajarlah dengan mata hati, kata cikgu Normala.

Friday, June 5, 2009

Book Of Today- The Children Of Charlecote



The Children Of Charlecote
by: Philippa Pearce and Brian Fairfax-Lucy
Publisher: Oxford University Press

Synopsis
Life is the big house is often hard for Tom, Laura, Hugh and Margaret. Their parents are very strict, there are lots of rules, and worst of all, Tom is sent to boarding school. But when Tom returns in the holidays, everything change. The days are full of adventures-climbing trees and playing by the river in secret. If only the four of them could be on holiday together for ever...

Comment
I'd read this book weeks ago. It was a very-heart-touching story. The sibling's love for each other warmed my heart. Tom, Laura, Hugh and Margaret were so close. When Tom was sent to the boarding school, Laura which was the eldest, Hugh and Margaret felt something was missing from them.

But, when Tom was home, they were all so happy. Now, they can begun their new adventures together with Tom. Tom will be their leader. Ahh, I can feel the excited feeling of theirs. They must be really, really happy.

I like this kind of story. But also, I kind of feel sad, because Laura, Tom, Hugh and Margaret were kept in Charlecote, which was their home, with a tight discipline. This was because, at that time, those kids' parents were a known person. They were a known family. But, despite of that, those lovely siblings doesn't want the riches things. They just wanted to be free. To live and play happily like Victor, the one and only commoner friend they had.

The ending was sad though. Years later, Tom and Hugh were killed in a war they joined, and Laura, who is a nurse, died because of infection. Hugh died at the age of 16. Poor soul. Only Margaret was still. Later on, she moved from Charlecote because she can see the memories of theirs in that house. Its hurting her.. Ahh.. Causing me grief. I cried. Waa..aah..

Charlecote Park which in Warwickshire is now owned by the National Trust. Thomas, Laura, Hugh and Margaret were the last children who ever lived there.

Wait! Hold on!

Charlecote Park, is now owned by the National Trust? I suddenly got a sense there. Quickly, with an eagery feeling, I searched the image of The Charlecote Park. And the result was, oh-My-Allah! I mean, it exist after all! Aaahh!! I screamed. I got excited suddenly. The Charlecote! So, the story was true! And the house, WOW! Soooo COOL!! Soooo big! No wonder those kids bored easily stuck in that house.







The Charlecote Park

Hope you guys had read or will read this book. It's awesome!(for me :P)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...