Saturday, May 30, 2009

Majlis Berbuka Puasa di SRIP

Rabu lepas, makcik Zai, naqibah usrah, ajak berbuka puasa di Sekolah Rendah Islam Pintar. Hari Khamis, 28 Mei 2009, menggantikan usrah.

Pagi tu, yong ajak Ijah sahur, tapi, Ijah tanak. Dia kate, makcik Zai bagi kalau pergi tak puasa pun. Ish, budak tu... Akhirnye, yong sahur sorang. Abah kat Terengganu, jadi, makcik Zai tumpangkan. Pukul 6.45 kena siap dah. Pukul 6.30 ptg, Ijah pulak kate taknak pegi. Pulak....

Tapi, yong paksa jugak. Dia pun siap dengan tak ikhlas. Pastu,dah siap pakai baju semua, dia gaduh pasal tudung pulak. Kate tudung dia bulat. Hahaha.. Lawak je.

Akhirnye,yong gi sorang. Sampai2 dah azan.Bukaklah puasa. Anis ngan Aimi dah ada kat sana. Sumayyah ngan Asma' datang lambat sikit. Lepas solat maghrib, Pakcik Ghaffar, ayah Sumayyah ngan Asma' bagi tazkirah sikit pasal perasaan riak dalam hati seorang mukmin.

Lepastu, Pakcik Zam, ayah Aimi ngan Anis pulak ambil alih. Pakcik Zam tunjukkan kami satu 'slide show' gambar2 yang diambil semasa Minggu Palestine. Saya tak berapa jelas di mana lokasinya. Banyak aktiviti diadakan. Lepastu, Pakcik Zam puji sorang budak tingkatan lima ni, yang datang menolong di situ. Namanya Luqman. Pakcik Zam pun tunjuk gambar2... Macam kenal. Haha.. Ada satu gambar ni, sama je. Banyak pulak gambar tu. Lepas gambar tu, gambar tu lagi. Tak tau bila nak habis.. Haha..

Majlis Iftar berakhir dengan solat Isya'. Makcik Zai tak dpt hantar balik, jadi mintak tolong Kak We. Kak We pun, hantar balik.

Balik2 je,tengok Ijah tengah tolong Ayyit buat robot guna kotak2 tuk periksa pendidikan seni esok. Okeylah.. Balik2,terus tidur. Ngantuk..

Di Desaru

Sekarang ni, kami sekeluarga sedang bercuti di Desaru Golden Beach Resort, Johor. Tapi shidah tak ikut sebab baru balik kisas.

Wifi kat dalam bilik ni, slow sikit sebab bilik kami jauh dari sumber wirelessnya. Buat masa ni, saya jaranglah update blog. Laptop ni pulak,kecik sangat. Tak selesa.

Kat Desaru sekarang ni, tak da angin. Ombak kecik pulak tu. Kalau tahun lepas, belum dekat dengan laut pun, dah rase angin dia. Sampai nak terbang badan, kan Farhana, Kak Zahidah? Sebab, sekarang ni, bukan angin monsun. Sebab tu la, kami tak pegi laut, sebab panas.

Cuaca panas pulak tu. Tapi, budak-budak kecik, Ayyit, Iyah, Uci, sukalah mandi dalam kolam. Uci pulak, orang bagi pelampung, asyik2 nak tanggalkan. Dia ingat dia dah tinggi sangatlah nak mandi takda pelampung tu. Kang jatuh tersembam, baru tau. Haha..

Sehari kat sini, tak sah tak kenyang. Sarapan je, boleh tahan sampai tengahari kot.. Haha..

Adui, pagi ni, budak tiga orang tu, bawak masalah betul. Mula dengan iyah. Lebih kurang pukul 5.30 pagi, Iyah bangun terkecoh-kecoh. Nak kencing, pastu, masuk bilik air, kencing dalam seluar. Apa daa Iyah..

Ayyit ngan Uci, lagilah teruk. Kencing atas katil.Haha.. Masalah betul. Bilik sejuk sangat kot.. Haha.. Last2, kitorang semua kena tukar bilik. Sekarang ni, baru pukul 10.20 pagi. Kena tunggu tengahari, baru dapat bilik baru. Ummi ngan Abah,pegi Senai, pastu gi JB, ade kenduri.Bawak Uci sorang sebab kitorang semua kena tunggu nak pindah barang2 bawa pegi bilik baru..

Baiklah, sekian saja buat masa ni. Nanti, kalau rajin sambung lagi.

Friday, May 22, 2009

Lukisan Adik

Letak lukisan adik-adikla pulak. Ada orang tu suruh update, update je la..hek3x. .



Ni lukisan munirah. Tajuk yang dia letak, ' hai habbo malin kundang ultrawomen ha ha ha... '

Sungguh le lawak tajuknye. Ntah apa masalah budak ni,
tak tahu la..




Ni pun iyah punya lukisan. Tajuk dia serius lawak,
' cantik tak hahaha... '

Hahahah..!! Memang gelak a..





Tajuk dia, ' DAH SIAP PEMANDANGAN IYAHXCUTE '

Ntah pebenda ntah tajuk camtu... bangga semacam je..






Ni, kalau tak silap, musyirah yang lukis...
tapi, tajuk dia, ' ENGLISH '.

Tak pasal-pasal tajuk english. Tak ade kena-mengena langsung...
Sape agaknya yang letak ek?

Satu persoalan yang masih tiada jawapan...

Yang terakhir, lukisan ayyit.

Tajuk dia, ' sistem solar '
Nampak tak ada roket nak jatuh ke bumi? Pengaruh senario XXX la tuh.. Hohoho..

Cikgu, Saya Sayang Cikgu

Sedih betul hari tu. Hari Selasa yang bertarikh 19 Mei 2009.

Hari tu, kami tak ada periksa. Jadi, yang datang sekolah cuma 8 orang. 4 ambil periksa sains sebagai subjek tambahan, 4 lagi duduk dalam kelas termasuk saya. Sebelum rehat, budak-budak 4 orang tu pun masuk kelas sebab dah habis periksa kertas 2. Jadilah 8 orang balik...

Ada cikgu masuk. Tak belajarlah, jadi, kitorang borak-boraklah. Tiba-tiba diorang ungkit pasal cikgu Bio kitorang sendiri. Diorang mengadu dengan cikgu-cikgu tu.

Setiap kata-kata yang dituturkan, begitu menyakitkan hati saya. Saya tak masuk campur, saya diam je. Daripada 8 orang, cuma 2 orang yang mendengar dan memerhati.

Kisahnya di sini, diorang nak cikgu Bio, Cikgu Lili ditukar dengan cikgu lain, Cikgu Tan. Antara alasannya, cikgu mengajar guna LCD. Saya pun tak tahu kalau itu alasannya.

S cakap kat cikgu-cikgu, " Can you imagine a computer with no emotion and faceless teaching us? ". Saya betul-betul terkejut bila dia cakap macamtu. Tambah lagi, dia asyik ulang ayat yang sama. Saya...saya tak sangka dia akan cakap macam tu. Padahal, dia...baru je minggu lepas S kata kat cikgu Lili, " Cikgu, saya tahu ramai budak kata cikgu macam tu, cikgu macam ni, tapi, saya tak rasa cikgu macam tu. Saya tetap dengan cikgu. I have no problem by the way you teaching us. There is no any problem with that. Yang masalahnya adalah budak-budak tu..." Okey, dia cakap macam tu dan saya betul-betul percaya yang dia tak ada masalah dengan cikgu Bio, tapi, apa yang dia baru cakap hari Selasa hari tu, betul-betul menyakitkan hati saya.

Tambah lagi, F dan TSN mengadu sungguh-sungguh dekat cikgu lain, lebih tepat, mengata. Kata cikgu suara serak, baca ikut buku, tak bersedia nak mengajar... Saya betul-betul tak sangka, yang budak Cina pun kata camtu. Tapi, F ada la jugak bagitau benda yang positif. F kata, cikgu busy, sebab di samping ajar sesi pagi, cikgu jugak ajar sesi petang.

Tapi, apa yang paling saya terkejut, rupa-rupanya satu kelas mogok nak gagal Bio ujian intervensi yang lepas supaya dapat tukar cikgu. Bagi saya, ini sesuatu yang kejam. Patutlah markah diorang low masa tu. Saya dah tak tahan nak mengalirkan air mata, bila saya bayangkan kesusahan cikgu, ketidakjemuaan cikgu dalam mengajar kami semasa tingkatan 4 dan 5, tapi...tapi, sanggup diorang kata yang bukan-bukan tentang cikgu. Walaupun betul, tapi, mereka dah melampau!

Bila saya dengar mereka kata camtu, saya rasa macam nak pergi peluk cikgu. Bila saya fikir balik, mereka ni sebenarnya tak menghargai cikgu... Biarlah cikgu tu tak pandai mengajar, tapi, dia cuba juga datang ke kelas untuk mengajar, tapi, sampai hati diorang semua kata camtu...

Pelajar kini, jarang menghargai jasa guru-gurunya...

Friday, May 15, 2009

Pertandingan Forum Remaja


Hari tu, 7 Mei 2009, sy dan ahli forum yg seramai 5 org termasuk simpanan, bertanding di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah(sekolah kak nabilah) tuk pertandingan Forum Remaja Peringkat Zon Keramat.

Walaupun agak 'hancuss' tapi, kami tetap gembira, hehe~. Yelah, cari bahan 4 Mei, rangka skrip 5 Mei, hafal skrip masing2 6 Mei(hari lahirku), bertanding 7 Mei. Ape lagi yg kami tak buat ialah, berlatih. Sebab tu KO tu... Orang lain berlatih 2 minggu sebelum, kami 3 hari je. Segar-segar pulak ahlinya.

Apa-apa hal, gembira dapat timba ilmu dengan mencari bahan tuk forum kami yang bertajuk, Bahasa Melayu Selepas 50 Tahun Merdeka. Banyak rupanya maklumat yg ada pasal bahasa kita yang kini semakin 'dilongkangkan' oleh remaja dan belia. Hehe~

Tambah membanggakankan bila ada cg sekolah lain yang mengatakan tajuk kami tu, agak susah untuk dibawa.

Tiga pemenang pertama, masing-masing bawa tajuk yang sama, Keruntuhan Akhlak Remaja, bawah tajuk sosial. Semuanya 11 sekolah je. Baiklah, sekian sahaja.

Thursday, May 14, 2009

Keputusan Poll


WHO ARE YOU?

Female



3 (75%)
Male
0 (0%)
Unidentified
1 (25%)


Votes so far: 4

Komen:

Nampaknye, ' unidentified' ade satu undi... Apakah??

Alamak, ade alien la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...