Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah

Abah terkilan...

Yeke terkilan? Entahlah macam mana nak describe.. hehe..

First sekali,
Selamat Maal Hijrah... Awal Muharram ye hari ni.. Marilah bersama-sama membuat azam yang baru.

Ok, nak cerita pasal pagi tadi.

Abah ada kat rumah. Bukak astro aosis. Ada siaran langsung Sambuatan Maal Hijrah. Tiba-tiba abah nampak ada sorang laki ni tengah bagi ucapan. Abah pun, " La, tak sangka Dr. Yusuf Al-Qaradawi datang sini. Kalau abah tau, abah pergi Putrajaya," kata abah. Abah kata, dr yusuf ni tokoh maal hijrah.

Saya pun dengarlah ucapan dia, tapi tak dapat nak memahami(huhu..) sebab dalam bahasa arab. Ni rasa nak belajar arab cepat-cepat ni.. Faham sikit-sikit je perkataan.. hehe..

Tapi, saya rasa doktor tu macam tengah bagi ceramah. Lama benor dia bagi ucapan. Lebih sepuluh minit gitu kot.. Heheh..

Kamera zoom la kat orang-orang sekeliling.. Abah pun melahirkan kehampaan kepada mereka-mereka yang mendengar nak tak nak dan yang tertidur.. Abah kata mereka dah diberi peluang bersama dengan ulama' terkenal dan hebat, patutnya hargailah..(camtu kot abah cakap, dah lupa).

Abah cerita, doktor ni dibuang negara sebab al-ikhwan? hmm.. sekarang maybe tinggal kat UK[?].

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Dr ni, searchlah.. Bila saya tanya abah pasal dr yusuf ni, abah tanya, " Yong tak tau??"
Heheh.. kan dah terkena..

Ok, marilah kita semua berhijrah.. Tidak rugi kalau kita buat baik... Ubahlah diri kita agar lebih disenangi orang..

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...