Monday, July 27, 2009

Solat Subuh

Malam tu tiba-tiba je Iyah membangkitkan suatu peristiwa.

"Ayyit, Ayyit... Ayyit angkat tangan tak masa ustaz tanya 'siapa yang taknak tinggal solat lagi?' masa ceramah Isra' Mikraj semalam?" tanya Iyah yang berusia 7 tahun.

"Angkat..." jawab Ayyit, 9 tahun.

"Iyah pun angkat. Kalau camtu kan Ayyit, malam ni kita solat Isya' ek? Esok sebelum gi sekolah kita solat Subuh," cadang Iyah. Ayyit cuma menggangguk.

SubhanaAllah, masa tu, terkejut beruk kitorang dengar Iyah cakap macam tu. Kami tak sangka. Teringat dulu, masa darjah berapa baru kami solat Subuh. Yelah, kami pun orang biasa. Hidup dalam suasana biasa. Terharu dengar Iyah cakap macam tu.

Tapi malam tu, dia tertidur awal. Kami lupa nak kejutkan tuk solat Isya'. Tapi, masa Subuh, kami kejut. Iyah bangun dengan bersemangatnya, Ayyit liat sikit. Diorang solat jemaah dua orang,macam biasa dan siap ke sekolah dengan biasa. Alhamdulillah...

Sekarang ni diorang dah praktikkan solat Subuh dan Isya'. Tapi, yang paling bersemangat, Iyahlah. Baru dua tiga hari gitu. Apa-apapun, kitorang akan pastikan diorang istiqamah. Nak bagi budak-budak istiqamah ni, kena bagi diorang minat dulu. Berkesan agaknya ceramah Isra' Mikra j tu...


Ya Allah, kau jadikanlah aku dan adik-adikku anak yang soleh...

Kadang-kadang, bila kita lihat keadaan ni, terkilan jugak pada mereka-mereka di luar sana yang dah besar panjang tapi masih tidak bersolat. Terkilan jugak pada sesetengah budak-budak sekolah yang lelaki,siap boleh bagitau yang dorang tak solat Subuh...

Padahal, solat tukan satu kewajipan bagi mereka yang sudah baligh. Kalau masa zaman kanak-kanak tu, tak pelah, tapi kalau dah baligh, apa guna lagi memberi alasan bas dah sampai la, bangun lewatlah... Semua tu, sudah Allah berikan kemudahan.

Ingatlah, kematian itu, sesuatu yang nyata.

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...