Wednesday, June 10, 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Ummi

Pukul 2.30 pagi tadi, 11.6.09, ummi terjaga. Kebetulan yong ngan Ijah tak tidur lagi. Ummi terjaga sambil termenung, meniarap. Pukul 2.40 dengar macam ummi tengah mengeliat, waktu tulah, reaksi ummi pelik. Ummi bergetar. Yong ngan Ijah terus pergi kat ummi, tanya ummi ok ke tak. Tiba-tiba keadaan ummi makin teruk, kitorang jerit nama abah. Darah mula mengalir daripada mulut ummi. Ijah takut. Ijah menangis. Yong kejut Shidah. Abah pegang ummi, "Sayang, okay tak ni..Ummi..ummi.. dengar tak?"

Ummi macam tak sedarkan diri. Yong tarik nafas panjang2, cuba tenangkan diri, sebab adik2 dah menangis, takkan yong nak ikut sekali. Darah keluar lagi. Abah suruh call maksu. Maksu doktor. Maksu suruh ngiringkan badan ummi. Abah suruh call ambulan. Yong dail talian kecemasan. Terangkan macammana keadaan ummi, alamat rumah. Talian disambung ke talian hospital. Sekali lagi yong terang benda yang sama. Tangan yong dah sejuk. Orang dari hospital suruh sesiapa tolong ke jalan besar Klang Gate takut terlepas lorong. Yong rasa tu tanggungjawab yong. Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi.

Sarung t-shirt labuh, pakai stoking, pakai tudung tak sempat pakai anak tudung, yong lari keluar. Ayyit ikut sama. Ijah tolong panggilkan jiran. Shidah bacakan Yaasin. Yong ngan Ayyit lari laju2 ke jalan besar yang lebih kurang 2000 atau 1000 meter. Yong tunggu ambulan. Kebetulan ada ahli pasukan RELA, yong bagitau keadaan ummi. Pakcik tu teman kami. Ambulan datang.

Muka ummi pucat. Kaki ummi panas. Ummi dibalut selimut dan di angkat dengan strecher. Yong, shidah, ijah, abah, semua ikut. Mintak tolong jiran tolong jaga budak2 kecik. Dalam ambulan, Yaasin tak putus2 dibaca, juga zikrullah. Ya Allah, tolonglah selamatkan ummi!

Sampai HBKL, kami tunggu ummi di scan dan di periksa. Masa tu pukul 3.40 pagi. Kami tunggu dan tunggu. Kami berdoa agar ummi tak apa2. Ijah takut lagi. Lebih kurang pukul 5.20 pagi, doktor kata ummi dah tenang. Cuma lemah. Alhamdulillah... Rasa air mata nak mengalir. Syukur alhamdulillah... Apa yang terjadi betul mengejutkan kami.. Kami tak sangka.. Huhu..

Sekarang ummi diperiksa lagi. Ummi kena tinggal kat wad buat mse sekarang. Jadi, rumah bawah tanggungjawab yong. InsyaAllah, yong akan jaga adik2, ummi. Harap ummi sihat...

2 comments:

  1. npe ngn mk enti eh? em. moge2 sihat n tabah. okeh.

    ReplyDelete
  2. ana pun tak tau lagi.. tgh diperiksa.. doktor xdpt kenal pasti lg.. Amin..

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...