Tinta

Assalamualaikum.
Update jap. Tengah buat addmath, leh pulak bukak laptop yek..

Shidah balik asrama semalam. Demam campak dah dicampak keluar. So, bilik yang dikuarantinkan selama dia beradu di situ, sedang dibersihkan.

Emm, minggu ni Minggu Koperasi. Khamis dan Jumaat ni, ada sedikit jualan dari orang luar iaitu, jualan Setemku. Kita bagi gambar kat diorang, nanti diorang buat setem letak gambar kita. Boleh digunakan. Yang kedua, dari GempakStarz. Datang jual majalah dan komik. Yang ketiga, dari Rakan Muda. Sesiapa nak join, boleh daftar. 26,27, 28 Jun ni, ada Bazar Buku yang bertempat di sekolah kami. Harga runtuh. Sesiapa nak datang, datanglah ke SMK Wangsa Melawati, KL. Pukul 9-5 petang.

27 haribulan ni, Sabtu ada hari Bertemu Pelanggan a.k.a hari terbuka. Masalahnya, sekolah Ayyit ngan Iyah pun,ada hari terbuka yang sama di SK Klang Gate. Tambah kelakar lagi, Shidah pun, ada hari terbuka, Mawaddah, di kisas. Hoho~
Ummi pun cakap, " Ish, pening ummi. Sekolah ni, tak fikir ke kalau ibu bapa ada anak ramai. Nak jugak buat hari yang sama".
Haha.. Jadi, rancangan ummi, pagi2 tu, pegi sekolah rendah dulu. Pastu bawak budak-budak tu pergi terus sekolah menengah, pastu terus bergerak keKlang, sekolah Shidah. Hohoh..

Habis... Sambung bila ada masa terluang.

Comments