Sunday, June 7, 2009

Kelas Tambahan

Cuti dua minggu ni, cikgu adakan kelas tambahan. Tapi, biasalah, tak ramai yang datang, lebih-lebih lagi subjek teras. Tapi, bila elektif je, ramai la pulak. Hoho..

Hari ni ada BM dan Sejarah. Seperti yang dijangka, berapa ajelah yang datang. 13 orang je. Kelas tambahan pukul 8.30. Tapi, sebab terbangun lambat punya pasal, saya terlambat sepuluh minit. Hee~ Lagipun jalan kaki.

BM belajar pasal novel. Perbandingan novel. Mungkin sebab kami tak pernah di ajar cara menjawab soalan perbandingan dengan betul, sebab tulah, cikgu ajar balik. Soalan periksa baru-baru ni, keluar perbandingan. Perbandingan latar masa. Aduh, saya main jawab je. Tadi, cikgu tegur, ada orang tu, soalan latar masa, tapi, jawab latar tempat. Tiba-tiba je terasa. Haha.. Saya tak lupa macam mana latar masa, jadi, jawab latar tempat ajelah.

Kami bincang perbandingan watak sampingan. Limah daripada Bukit Kepong, Hayati daripada Konserto Terakhir. Haha, baru semalam tengok Bukit Kepong kat TV2. bincang bincang, ooohh... macam tu rupanya nak buat. Pastu belajar tatabahasa.

9.30 pagi, tukar Sejarah. Yey! Cikgu Normala. Cikgu Sejarah Form 3 dulu, tp sayang, beliau tak mengajar budak form5 tahun ni. Huu.. Cikgu Normala ajar best! Kami belajar pasal bab 9 tingkatan 4.

Bila tengok analisis soalan, cikgu yakin bab9 tingkatan 4 dan 5, wajib keluar SPM tahun ni. Hoho~ Belajar pasal zaman gelap Eropah dan Rennaisance. Cikgu kata," Zaman gelap di Eropah ni, samalah dengan zaman Jahiliyah di Arab. Tapi, kalau korang jawab ciri-ciri zaman gelap Eropah, orangnya bodo, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak, berzina, minum arak, serius kosong," Kami gelak. Cikgu suka mengajar macam tu. Dengan gaya bahasanya. Haha.. Kami tak mengantuklah kalau camtu.

Pastu cikgu tanya lagi, zaman Renaissance pulak, dekat Jepun, masa bila. Syafiq jawab, zaman Maharaja Meiji. Kitorang pun, woohh.. Tak terfikir pulak. Cikgu kata,"pandai..."
Cikgu Mala tanya lagi, "Zaman Renaissance dekat Arab pulak? Emm..Muslihah?" Saya nak jawab masa penyebaran agama Islam tapi pastu, tetiba cikgu tukar topik.

"Ha, kalau nak tahu, Muslihah ni ada adik. Sorang Murshidah, sorang Mu'izzah. Jadi ada tiga kat sekolah ni dulu. 3M,"
Waa, kawan2 semua gelak dengar 3M.
Cikgu sambung lagi," Yang lelaki, kalau nak pilih isteri, pilihlah yang macam tiga beradik ni. Dididik dengan baik, penuh kesopanan, baju tutup aurat, rambut tak colour..."
Ya Allah, dalam hati ni, tuhan sajalah yang tahu betapa segannya diri. Cikgu Mala ni, tetiba je. Banat, banin semua pandang senyum2.. Ya Allah... Apala cikgu... Huhuu..

Pastu, sambung belajar macam biasa. Cikgu cerita pasal pengalaman dia kat sekolah dulu. Kalau tulis karangan pasal gejala sosial, ada 3 isi je iaitu, 3D.

'DAKYAH KOMUNIS', 'DAKWAH SONGSANG' dan 'DEDAH'. haha~

Kalau sekarang, macam2. Gangsterisme,buli, vandalisme,ponteng...
Patut kelas habis pukul 10.30, tapi sambung sampai 11.00 pagi. Syok sangat dengar cikgu bercerita. Dah takda kaitan dengan sejarah pun ada.

Esok ada Sejarah dan Matematik Tambahan. Tapi, cikgu Math tak ada esok. Kena deman campak. Ala, sian cikgu. Cikgu Normala pun kata tak payah datang esok... Jadi, tak yah datanglah esok..Hihi~

Baiklah, sekian sahaja buat masa ni. Saya menutup dengan penuh rasa rendah diri.
Belajarlah dengan mata hati, kata cikgu Normala.

2 comments:

  1. sape banat & banin??

    ReplyDelete
  2. banat & banin tu perkataan arab untuk budak perempuan dan lelaki.

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...