Saturday, June 27, 2009

Hari Bertemu Pelanggan

27 jun 2009
Pagi2, abah ngan ummi pergi sekolah kebangsaan dulu. Pastu, datang sekolah menengah pulak. Pergi kelas Ijah dulu, baru pergi kelas saya. Cikgu kata, result saya turun naik,,maksudnya, basic tak kuat lagi, Fikir-fikir, betul jugak kata cikgu tu. Kalau tak belajar je, result turun.. Tapi, alhamdulillah, tuk pertengahan tahun, dapat nombor lima. Rasa bersyukur sangat sebab dapat tewaskan budak-budak cina dengan budak yang pergi tuisyen. Rasanya, dalam kelas saya, dua orang je kot yang tak pegi tuisyen. Saya dengan Rabie. Tapi, Rabie boleh dapat nombor satu dan selalu dapat semua A. Camne ntah dia belajar.. Sebenarnya, dah lama sekolah kitorang tak dengar tentang lelaki yang cemerlang.. thehehehe..

Pastu,saya ikut ummi pergi Klang, sekolah shidah pulak. Masuk2, dorang sume pakai baju seragam kisas yang warna hijau tu. Turun je kereta, segan tetiba.. Sepanjang berada kat sekolah tu saya segan, dalam masa yang sama, rasa gembira. Semua muslimin dan muslimat bersongkok dan bertudung labuh.. Satu perasaan segan mula menjelma..

Yela, dekat sekolah saya, boleh kira berapa orang pakai songkok. Tudung labuh pun sama. 4 orang je rasanye.. Bila kat sekolah tu,kiri kanan boleh nampak.. Alangkah baiknya kalau saya berada dalam keadaan macam tu... Bila la agaknya? Masa dekat program2 KRJ je boleh rasa perasaan best macam tu..

Penat kat sana, kena jaga Uci. Shidah kate die dapat nombor 23 daripada 27.. Dia sedih giler.. Tulah,mase kat sekolah harian, selalu dapat nombor 1, tapi tetiba datang sekolah ni, 23 terus..

Dah habis cakap dengan cikgu semua, bawak shidah jalan-jalan. Dia teringin nak makan kfc pulak.. hek2..

saya,balik2, perut kenyang.. sampai sakit perut. aduh..pukul 8.oo malam, tertido. nasib baik terbangun pukul 4.00, walaupun tak kunci jam.. selamat isya'. sebenarnya, terbangun pukul 4 pagi tu,sebab terdengar bisikan. Ada orang bisik,suara macam shidah..Dia kate," yong,jom bangun semayang.." terus sy terbangun. istigfar sekejap.. terkejut woo.. huu..

abah ajak ummi ngan uci pergi terengganu. sampai hari rabu. bertolak tengahari ahad. nampak gayanye, kena uruskan adik2 lagi..

1 comment:

  1. sebenarnya, terbangun pukul 4 pagi tu,sebab terdengar bisikan. Ada orang bisik,suara macam shidah..Dia kate," yong,jom bangun semayang.." terus sy terbangun. istigfar sekejap..

    serious menakutkn..meremang bulu roma shidah bce..Allah syg kt yong tu mksudnye.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...