Saturday, May 30, 2009

Di Desaru

Sekarang ni, kami sekeluarga sedang bercuti di Desaru Golden Beach Resort, Johor. Tapi shidah tak ikut sebab baru balik kisas.

Wifi kat dalam bilik ni, slow sikit sebab bilik kami jauh dari sumber wirelessnya. Buat masa ni, saya jaranglah update blog. Laptop ni pulak,kecik sangat. Tak selesa.

Kat Desaru sekarang ni, tak da angin. Ombak kecik pulak tu. Kalau tahun lepas, belum dekat dengan laut pun, dah rase angin dia. Sampai nak terbang badan, kan Farhana, Kak Zahidah? Sebab, sekarang ni, bukan angin monsun. Sebab tu la, kami tak pegi laut, sebab panas.

Cuaca panas pulak tu. Tapi, budak-budak kecik, Ayyit, Iyah, Uci, sukalah mandi dalam kolam. Uci pulak, orang bagi pelampung, asyik2 nak tanggalkan. Dia ingat dia dah tinggi sangatlah nak mandi takda pelampung tu. Kang jatuh tersembam, baru tau. Haha..

Sehari kat sini, tak sah tak kenyang. Sarapan je, boleh tahan sampai tengahari kot.. Haha..

Adui, pagi ni, budak tiga orang tu, bawak masalah betul. Mula dengan iyah. Lebih kurang pukul 5.30 pagi, Iyah bangun terkecoh-kecoh. Nak kencing, pastu, masuk bilik air, kencing dalam seluar. Apa daa Iyah..

Ayyit ngan Uci, lagilah teruk. Kencing atas katil.Haha.. Masalah betul. Bilik sejuk sangat kot.. Haha.. Last2, kitorang semua kena tukar bilik. Sekarang ni, baru pukul 10.20 pagi. Kena tunggu tengahari, baru dapat bilik baru. Ummi ngan Abah,pegi Senai, pastu gi JB, ade kenduri.Bawak Uci sorang sebab kitorang semua kena tunggu nak pindah barang2 bawa pegi bilik baru..

Baiklah, sekian saja buat masa ni. Nanti, kalau rajin sambung lagi.

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...