Friday, April 24, 2009

Orang baik-baik...

Tadi, periksa agama dulu. Jadi, kena pisahkan budak moral dan budak agama. Meja saya pulak kebetulan sebaris dengan non-muslim jadi, sy terpksa la tukar tempat dengan Jon.

Jon duduk belakang sekali. Hujung tepi tingkap. Terpaksa la duduk dekat tempat laki. Segan. Tapi, terpaksa. Daripada melayan perasaan tak puas hati, sy pun buat ulangkaji. Nasib baik Sharinah tolong temankan. Dari tempat dia, dia dtg ke tempat saya. Tempat kami sekarang boleh dikatakan seperti A dan Z. Sha permulaannya, sy akhirnya. Haha...

Okey, sekarang citer pasal periksa. I duduk kat sebelah. Mula periksa je, dia nak pinjam pensil. Saya pun bagilah. Dalam hati saya, " Alamak, kena hati2 ngan budak ni". Jadi, sepanjang periksa, sy jaga kertas periksa sy betul2. Saya tak rapat dengan dia, tapi, entahlah... Yang saya tahu, dia ada banyak kes.

Masa periksa, dia nak pinjam pemadam. Dalam hati, " Adakah ini satu taktik? ". Saya pun bagi pinjam. Banyak kali jugaklah dia pinjam. Pastu, tetibe je, dia dah habis jawab, kot. Padahal, ujian baru bermula lebih kurang 20 minit. Dia pastu, minta kebenaran nak ke tandas. Lama la jugak dia ke tandas. Saya buat ujian dengan senang hati.

Pastu, dia pun balik. Nasib baik sy dah habis buat. Dia duduk je, terus bukak kertas soalan dan menjawab. Hmm... maafkan sy I, tp, perbuatan awk mencurigakan. Saya tak dpt nak elakkan perasaan curiga tu. Maaf kalau apa yg sy tulis kat sini, salah. Tapi, inilah apa yg sy fikir.

Pastu, dia panggil sy. Dia tanya apa karya Ibnu Khaldun. Sy geleng kepala. Dia mula beralih ke HH, dan tanya soalan yg lain. Sy tak pasti samada HH memberikan jwpn atau tidak, tp kemudian I beralih ke Ganu dan bertanyakan soalan yg lain. Sy tak dgr jelas, sbb tu sy was2 samada Ganu memberikan jwpn. Tapi, kalau betul, ini kes meniru. Takkan Ganu tak tau yg dia sedang memberi tiru. Tp, kalau sy salah, maaf ye...

Pastu, dah lama tu, kelas senyap sekejap. Saya pandangla tingkap sebelah tu. Tiba2 I mula bersuara, dia tanya saya, "Mak awk ustazah ke?". Saya geleng. "Habis tu, ayah?". Saya geleng lagi. "Ohh,baguslah. Keluarga awk semuanya orang baik2. Awak baik, nanti dapat lelaki yg baik2," kata I.

Sy terkejut, cpt2 sy suruh dia buat kerja dia. Sy pulak pura2 bukak kertas soalan dan semak. Sy fikirkan balik kata2 dia. Tiba2, sy rasa kesian. Kesian dengan dia. Sebenarnya, dah macam-macam cerita sy dgr pasal dia, sebab tu la kesian. Mungkin faktor keluarga, ataupun kwn sebaya.

Ya Allah, aku harap, Engkau lembutkanlah hati I, kurnikanlah hidayah kepada dia. Moga-moga, dia bertaubat dan tidak terlambat untuk dia mengecapi betapa manisnya agama-Mu Ya Allah. Jadikanlah dia dalam kalangan org2 yang bertakwa.
Amin.
..

2 comments:

  1. cerita nye mcm sme kes ngn kite aa..huhu.. moge2 sme2 kte tolong2 kwn kte yeh..hehe..

    ReplyDelete
  2. oh, yeke? insyaAllah... kita tolong same2..

    ReplyDelete

Thanks for the comment guys ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...